Followers

Pages

Friday, December 24, 2010

Menjaga Masalah Kulit

Hai Kawan-kawan .. hurmm.. busannya... jom baca something yang useful cket jom.. hehe :D
Sesiapa pun pasti mengimpikan kulit yang cantik sihat dan berseri kan. Jom kita sama-sama baca sedikit info berkaitan penjagaan kulit. :)
Apa yang kita perlukan untuk menjaga kulit kita supaya sentiasa sihat?... :D
Sebenarnya, paling penting sekali ialah cara pemakanan kita, iaitu pemakanan yang seimbang. Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijiran, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

MASALAH BIASA KULIT

�Alamak! Jerawat!!�

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.

Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL

Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

  • Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
  • Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

moVie ..


wosh .. so boring! my blog is so boring right?.. really boring.. haha .. i wish i could make something interesting here.. aduh! xreti den .. layan je lah ea.. hehe ..
dis long cuti2 are going to end. back to dat place on 1 january 2011.. huff ~ the new year, new sem n new experience are waiting .. dup. dap. dup. dap.. hehehe ..
nak gtaw citer2 korean i dah layan dlm cuti ni. there many movie in my external im not watching yet. maybe bcoz my cuti not only for watching, its for something more useful.. haha .. yer la sgt .. kih3 :P
anyway.. dis movie so damn cool. best ok! watch it.. lau xde ley sedut2 ngn i ok.. no prob .. hehehe :D


Sunday, December 19, 2010

Thursday, November 25, 2010

home sweet home ... :)

alreaDy at home !

makan!

tidOq!

jaLan2 !

kemas umaH !

masak2 !

makan !

makan!

makan !! ..

p/s : pkir sendiri r knp prkataan makan tu byk.. haha :P

jalan2 wif my adik n bestfrenny ~ ^^

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladhaku dr ipGm KPI

seLamat haRi raYa aiDiladHa buat semua ..
semalam aku rasa sebak dgr takbir raya dari bilik D3O5 ni .. xpenah2 aku raya tanpa family tercinta .. sangat sedih .. huhu ..
tp xpe .. pagi tadi lepas bangun aku x sambung tdo .. walaupun tdo agak lwt semalam tapi aku xrasa terlalu mengantuk pagi ni. mungkin sbb hari raya kot .. hehe .. aku kemas2 cket bilik, nak mandi lak malas ag .. pagi raya ni aku mmg plan nk masak spaghetti .. first time kot nk wat .. and lately aku rasa suka sgt makan spaghetti .. tu yang rasa nk masak tu .. hehe .. da ciapkan barang cket2 dalam pukul 9.30 baru aku start .. pastu my rumate tolongla apa yang patut .. dia lebey expert bab masak2 ni so, ada la dia oter2 kan cket my sos spaghetti tu .. hehe .. pastu kami melantak la .. yang bestnya lepas tu, tgk fatin makan sampai 2 pinggan .. hehe .. best k spaghetti ayOng wat cyg ? ngee ~ ^^
ermm .. pastu kteorang layan muvie sama2 sampai tertdo .. huhu .. xsedar tido time bila .. tgk cite pn x smpat habis .. kenyang punya pasal la ni .. huhu .. apapun spaghetti masih banyak ag .. kami makan sampai malam .. hari ni mmg xde menu lain .. spaghetti all day .. haha ..Semalam .. berbekalkan pisang yg my bro bg dari rumah tu aku wat la cucuq pisang a.k.a jeput pise .. daripada buang bek la wat somethng kan .. hehe .. asik kne col ma je tny camne itu, camne ini.. camne nk kawin ni, sume xtaw .. haha .. xpe2 .. lmbat lagi nk kawin kan .. hik3 .. apapun best sangat jeput tu .. x caya try r sndri .. banyak gak la .. tp da abis da .. hik3 :P

Wednesday, November 10, 2010

SHN ~ Purple



Hingga Hujung Nyawa ~

Saturday, November 6, 2010

Night Snap :)

Hari ni kteorg (aku,anis,naam,etie,tom n syafi) ke umah pakcik anis kt area Kajang untuk makan2. Kancil aku drive n wira Syafi. bertolak dalam pukul 6.45 dgn kalutnya n sampai sna trus solat maghrib. huhu.. kami makan nasi ayam black paper.. waa.. best sgt.. dah kenyang kami tolak pulang dalam pukul 8.30 p.m.
vroom.. vroom.. dsebabkn malam msih muda, kami ke Dataran Putrajaya jap. snap sna, snap sini.. hehe.. then pkul 10 pulang ke jalan yg benar.. hehehe..
just wanna share some pix dat we had took last night! :) owh. dis is not dsLr, just my hazel phone oke. haha.. hum.. Bila la nk ada dsLr sndri yer.. huhu :P







Friday, November 5, 2010

stuDy3 ! !


Sila study yer. jgn asyik main2 je. cubit baru taw. cik comel hijau! sila study!! hehehe... arghh.. busannya.. :P

Thursday, November 4, 2010

Al-Fatihah

I just think dat today not a really good day. there's so many bad thing happen around me. Astghfirullahhalazim.. Maha Besar Allah memberikan pelbagai dugaan buat hambanya. Semoga kita semua sentiasa kuat di bawah reada-Nya.
Takziah buat kak syikin for her lost. her mother had pass away dis morning.hmm.. Al-fatihah.. semoga roh ibunya ditempatkan di tempat orang2 yg beriman. Sayu rasa hati melihat orang2 yg berada di sekeliling kita ni kesedihan. semoga kak Syikin kuat dan tabah hadapi semua dugaan ni..

Al-Fatihah buat ibu Kak Nor Asyikin Tahir . .

ioi mall 4 de first time . .

Best dapat p makan besar n jalan2 kt ioi mall wif my dear abang n akak!
thanks coz ajak ayu taw.. hehe.. first dtg sana tuk mkn kt seoul garden. best giler mkn sana. its Korean-styled BBQ Buffet restauran. erm.. sbb kami gune student card so kami dapat price rm25 sorang. huhu.. ermm.. sgt byk mkn sampai da x larat nk msuk pewut. kih3.. n yg paling aku suka mkn icecream! 2 mgkuk icecream aku hbiskan. hehehe..
ermm.. best sgt.. len kali bole mkn kt sna ag.. :D

http://www.seoulgarden.com.my/seoul0.php

Pastu kami jalan2.. pusing2.. main2.. take pix. hehe.. :))
p/s tuk akak comey tu : t nk tgk gmbr yg diambil gak. jgn lupa msuk blog k.. hehehe ;D


weee... sweet memOry :D

Wednesday, November 3, 2010

Teenage Dream !


just enjoy dis song
by kate perry.. teenage dream!

Going 2 class now ! zzZz..

class pukul 7.45 pagi ni !

waaa... sy sgt ngantuK giler..

xmo p clas boley x?? adoyai ~


Monday, November 1, 2010

exam !!!




cpat la tamat wahai exam!!
huff ~

Friday, October 29, 2010

Cikgu Ayu

i just found dis sOng last night. ak ingtkan lagu ni just mimpi aku je coz ak dgr time balik kg b4 raye puasa hari tu. haha.. bkn pe. just wat aku tersnyum je. prasan sorang2 even lagu 2 bkn dtjukan kt aku. dah spe suh eat lagu nme ayu. mula la ak nk prasan. hahaha.. apa pun just enjoy it. :P

Monday, October 25, 2010

Rindu



Saya sangat rindu pada pemilik mata ini!!

Sunday, October 24, 2010

Lov BSMM =)









Saturday, October 23, 2010

best sgt dgr bdk ni nyanyi lgu ST12 yg ditukar lirikny ni.. sape yg ada jiwa seorang guru or bkl guru msti akn rsa bngga n hepi dgr lgu ni.. sejuk hti.. hehe.. enjoy!

Friday, October 22, 2010

Handbag Please !

rasa nk beli handbag baru r.. ad sape2 nk bg hadiah handbag kt sy x?? hehe ~
jom usha handbag2 pilihan sy.. hehe


sweet je..reben kt dpn tu tmbah kelainan pd handbag tu.seswai bwk jalan2.. ngn dress mne2 pn boley msuk asenya.. hehe..


waa.. yg ni cntik gak.. mcm elegent gitu.. yg ni seswai tuk sem dpn.maklumla praktikum, kne gempak2 cket.. hehe..


yang ni pn sweet.. mybe sbb ad kaler pink tu.. seswai bwk p mne2 jugak.lau sy lebey prefer yg hitam pink. cntik.. hehe..


lov it! nmpak cntik, simple n elegent walaupn agak besr..hehe..xpe ley isi brg byk2.. hu3 ;p

Kwn2 Saya Nyanyi Lagu Raya!



video b4 raye aidilfitri 2010
terasa nk uploud lak.. hehehe.. suara kwn2ku yg 'merdu' mnyanyikan lagu raya.. hik3 :P

Wednesday, October 20, 2010

Exam mOde

exam ujian akhir kursus (UAK) tuk subjek Seni Dalam Pendidikan da lps.. fuh.. agak lega ngan azab ni. apapun exam yg akan dtg psti lbey mntensionkan.. huhu.. tuk subjek SDP ni, aku pn tataw nape la aku study mcm x masuk je.. malas lak tu.. byk men2.. hmm.. ntahla.. pape pn aku terpaksa reada dh.. tawakkal je la.. yg pnting tuk exam akn dtg jgn main2 lagi!!

next EXAM! ---->

2 nov 2010 - Teknologi Pendidikan (8.30-11 pagi)
10 nov 2010 - Perkembangan Kerohanian Dan Moral Kanak2 (2.30-5 ptg)
11 nov 2010 - Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (2.30-5 ptg)
15 nov 2010 - Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan (8.30-11 pagi)

go go fighthing!! :DD

Tuesday, October 12, 2010

Takkan Pisah - Eren Kangen Band

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

Friday, October 8, 2010

Camping di Bagan Lalang

Mood camping da pn habis. 4-7/10 merupakn pengalaman perkhemahan yang x akan pernah aku lupakan. best sangat. no pressure n sgt seronok. hehe.. camping ni diadakan di Bagan Lalang, Banting, Selangor. Perkhemahan 4 hari 3 malam ni murupakan perkhemahan berunifrom dan aku adalah dari unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Kelas kami yg menyertai perkhemahan ini hanya seramai 6 orang sahaja kerana selebihnya merupakan budak Pengakap. All geng scout dah wat camping kt Ipoh Perak before kami. msti best jugak kan... apapun pengalamn yang kami perolehi ni amat bermakna dan x mungkin kami lupakan..

Budak-budak BSMM sgt sempoi n best. girls just 10 orang je & 25 orang boys.. They all sgt happening n sgt best! Kat sana kami belajar banyak menda terutamanya yang berkaitan dengan unit berunifrom. Contohnya, pertolongan cemas, kawad, orienteering kembara, ikhtiar hidup n byk lagi.

Tapak perkhemahan yang kami duduki itu tidaklah terlalu menarik kerana hanya dikelilingi oleh pokok sawit sahaja dan berada lebih kurang 1 km dari pantai. Apapun itu bukan menghalang keseronokan kami sepanjang berada di sana. Untuk ke pantai kami akan berjalan kaki secara beramai-ramai dalam keadaan yang terkawal. walaupun agak penat, keindahan dan panorama di pantai dapat mengubati semuanya. hehe.. i love the view.. :)

pengalaman pahit sepanjang kat sana, kami amat ketandusan air. terasa macam duk afrika selatan pulak, nak mandi pn susah.. adoi.. haha.. pihak pengurusan menyedari kesilapan lewat memaklumkan tntang kedatangan kami ke tampat tersebut so, air dibuka agak lewat n x dapatlh nk kumpul lam kolah tu.. huhu.. kami terpaksa bersabar ngan keadaan ni untuk beberapa ketika. Hari first lagi, dah ramai yang kena cirit birit. bayangkanlah macamne siksanya dengan air yang nk letak ikan pun ikan tamau. cetek sangat.. kih3..

Aktiviti ikhtiar hidup paling aku suka. Dapat masak-masak ngan kawan-kawan. hehe.. best sngt!. Time malam kebudayaan pulak, aku x henti-henti gelak dengan telatah diaorang yang wat persembahan. Dengan sakit tekak n takde suara aku still boley gelak, makin bertambah la sakit tekak aku ni.. apapun really enjoy the show kawan-kawan.

Itu je la yang nak aku ceritakan. Banyak lagi sebenarnya yg bole aku ceritakan, tapi x mampu dah aku nak menaip. hehe.. memory kt sana aku abadikan dalam memory yg terindah.. thanks 2 all, especially geng BSMM yang sempOi.. luv u!



Sunday, August 29, 2010

Hari Kemerdekaan Malaysia!


Best tul sahur hari ni.. dapat makan ngan adik2 ku a.k.a ailani n eddy yg agak bising ni.. lalala ~
sgt riang hati di pagi raye..eh cilap, sgt riang hati di pagi ahad ini.. 20 RamadHan..aku tumpang mkn oblong cik ailani ngn mr eddy punye chopstik je.. agak mngeyangkan. best.. mkn ala2 western sahur ni.. hehe.. pastu aku wat air teh pns.. tarik2 lagi.. hehe.. rse ngntuk pn hilang layan kOrang taw.. hehe.. emmm.. tenks girl.. u make my mownim bermakna gitu.. hehe.. lurve u all lah.. :D
sedar x sedar hari ni da msuk hari ke 20 kte d bulan Ramadhan kn..wah.. da nk raye.. jeng..jeng..jeng.. eh sbelum raye ni jgn lupa lak, kte ada event yg perlu diutmakan gak. Hari Kemerdekaan Malaysia! yep.. lau x merdeka mcmne kte nk hidup aman damai gini kn..mamne lak nk raye hapy2.. huhu..
baCk 2 our topic... meh kita hayati ikLan ni sama2 k.. ;) peace!

Kekuatan sebenar kiTa terletak pada hati.. :)

Sunday, August 15, 2010

Fadhilat & Kelebihan Solat Tarawih



Sempena bulan Ramadhan ni, saya sediakan sedikit info berkaitan solat tarawih. Smoga kita sama-sama dapat mningkatkan amalan dan mendapat pelbagai keberkatan dari Allah s.w.t. Insya-Allah.. ~

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda;
ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang
beiiman yang mengerjakan solat
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu
bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malarnmalam
yang lain, semoga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-
Quran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala seumpama pahala orangorang
yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di
Baitul Makmur serta setiap batu dan
tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan
tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala
orang yang bersolat tarawih
sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hamba-Nya seperti Nabi Muhammad
s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa
kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat di
akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji yang
mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadlilat yang disebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau Qiam Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Monday, July 19, 2010

Insha Allah ~ Maher Zain



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Saturday, July 17, 2010

Demam




Semalam ok jer kuar jalan2.. tup2 hari ni da demam da.. adOi.. huhu... rasa ini btOl2 menyiksaku.. aku nk share la cket pe yg aku jumpa kt tenet ni.. about demam.. hoHo.. rajin lak aku surf pasal ni.. hahaha... just for ur knowlegde cket2 la.. hehe.. :)

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.
Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam dapat merupakan suatu gejala penyakit atau infeksi. Juga dapat merupakan suatu akibat sebagai pengaruh dari olah raga, cuaca panas atau imunisasi. Suhu tubuh yang normal adalah antara 36C sampai 37 C. Jika anak Anda demam dengan temperatur yang diukur melalui mulut atau telinga 37,8C, atau melalui rektum 38C dan 37,2 C melalui ketiak, kemungkinannya anak Anda terserang demam. Anak-anak biasanya terserang demam lebih tinggi dari pada orang dewasa.

Cuba kita tgk pulak infO berkaitan dengan demam denggi...

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh
membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari
gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang
memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan
luar bandar.

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.



Jaga diri masing-masing ok! :D

Friday, July 16, 2010

Membina Jiwa Serasi



Terdapat beberapa kata-kata yang best yang sempat aku petik dalam buku ni. Buku penulisan H.M Tuah Iskandar nie menarik jugak. Aku tertarik dengan kata-kata first ni sebenarnya.. Hehe.. meh kita baca sama-sama ea.. :D

"Singkatkanlah bercinta dan pendekkanlah bertunang, tetapi panjangkanlah hayat perkahwinan."

"Kita dilarang sengaja lewatkan solat sebab perbuatan ini Allah tidak suka. Kita dilarang keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan sebab takut-takut mati dalam perjalanan. Kita selalu diingatkan jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa sebab mati boleh datang bila-bila."

"Dua rakaat solat wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil."

"Layan orang gila akan jadi gila. Layan orang suka mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata."

"Pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati."

"Akhlak seseorang wanita boleh diukur dari matanya. Mata yang nakal selalu menyusahkan lelaki yang menerima panahannya. Salah bermain mata jika hati lelaki buta kerananya."

"Tatkala telah jatuh cinta, cepat-cepat letakkan dia pada kedudukan ke-5 selepas cinta pada Allah, pada Nabi, pada ibu bapa dan pada ilmu."

Sunday, July 11, 2010

Wuduk & Zikir Ubat Mujarab Kawal Kemarahan


Oleh Mohd Shukri Hanapi

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Renung-renungkan!!
Jgn mara ea... :DD

Saturday, July 10, 2010

Renung Seketika

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia

Untuk Yang Pertamanya...




Hidup ini penuh dengan pelbagai peristiwa yang aku sendiri tak jangka akan berlaku. x ada yang mustahil dan x ada yang x mungkin. Semuanya berlaku hasil dari keputusan dan perlakuan diri kita sendiri.

bLog ini adalah satu perkOngsian ilmu bersama kalian yang sudi membaca..
semego ilmu yang aku perolehi sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama.

WeLcOme tO my bLog :)