Followers

Pages

Saturday, December 29, 2012

Mish Burger



Alhamdulillah.. Dah dekat dua bulan dah aku menghabiskan masa cuti di kampung halaman. Buat apa je cuti2 ni? tuuu.. tengok gambar tu.. tiap-tiap malam duk berniaga burger.. So, hari ni secara rasminya kedai Mish Burger ditutup untuk bagi tumpuan pada kerjaya baru.. Ecece, kerjaya baru la sangat.. Tggu next update untuk tahu perkembangan semasa. Hehe.. 

Kalo nak citer pasal Mish Burger ni biasa-biasa je la. nak kata untung menggunung tu xde la tp bestt dapat berniaga. Dapat kenal2 ngan budak2 kampung,  dapat bersosial cket2.. Cenggitu aje la.. Haha..
In Shaa Allah bakal jumpa Mish Burger lagi .. Ermm.. Cuti sekolah tahun depan ker? mungkin laa.. Mish Burger kn beroperasi time cuti sekolah akhir tahun aje.. Hehe..

Till then .. Salam tahun baru .. 

Cik Aliya!!!!


Omg .. omg .. ooooooommmmmmmgggggggggg .....! (jerit ala lisa surihani mcm dalam citer "Istanbul Aku Datang" tuuuuu .. Macam mana la boley lupa nieeee .. xtaw nak cakap macam mana perasaan masa ni.. orang sekeliling kalo cakap dengan aku time nie mmg nk kena sound balik larrr.. mood x ok nieee.. i forgot my dear bestie punye besday.. Uwaaaa... lalink, i'm so sorry..  :(
Macam mana nak cakap kat u yee... Alahai pelupanya sayaaaaa... 

Cik Aliya! Happy Belated Besday on 22 Disember 2012..
Sayang awak .. Jaga diri selalu! Seriusly, sorry sebab lambat wish.. kesal yang amat nieee... 
Maafkan yer.. huk3..
Miss u dear! :(


Wednesday, November 28, 2012

Mutiara Untuk Hati #1


Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.

*Suka sangat kata-kata ni. Kita manusia jangan pandai cakap je, yang penting perlakuan dan perbuatan kita. betul x? Jangan pulak jadi yang macam cakap tak serupa bikin. Haa.. Nak cakap kena pikir betul2 pasni.. sekadar muhasabah untuk diri. 
Selamat Malam! ;)

Al-'kesah'?


Mata ni xboley nk lelap. Paksa pn xboley nk lelap. Byk benda duk pusing2 dlm kepala. Salah satunya awak la.ada awk kesah. Xkesah langsung pn kn. Argh.. Benci la nk post em02 cmni. Xkesah la! Awk pn bknnya kesah kn. (byk pulak perkataan 'kesah' dlm post ni.. Ops.. Abaikn ejaan yg sengaja bg cilap tu..hehe).. Sy x rasa awak akan bca post ni. Sbb awk xkn pernah kesah pasal sy. Jgn smpai nanti hati sy pn jd xkesah dgn awk!ok bye! Mls nk pikir pasal awak.. Baik sy buat benda yg boleh wat sy hepi. Bwuek!!.. Mls lyn awk!

Tuesday, November 27, 2012

Badrul Hisyam + Nadiah Azmi

Selamat Pengantin baru sahabat.
Thanks sudi luangkan masa ber' photo shoot ngan photographer amatur ni.. cewahh.. Haha.. Soronok kenal ngan puan Nadia Azmi. sangat baik dan chomel. Semoga kalian berbahagia dan kekal hingga hujung nyawa. 
Lot's of love.








Thursday, November 22, 2012

Mahligai Indah Photography


Love Taking Picture?? Need Photographer?? Contact us !!.. 
School Holiday Promotion! :D
Available in TERENGGANU & KELANTAN only.
- Photo shoot
- Editing 
- Soft copy picture
- Storybook (Sticky Album)

............ pm me or contact the number for more details ........ ;)


Sunday, November 18, 2012

Percubaan ~ Wedding Photo

Here some pix my bro punye wedding. Sape nk i jadi photogrpher dy utk apa2 occasion boley contact i kat cni.. Haha.. Seswai x?? Hik3 .. 
Peace! ;)









Monday, November 12, 2012

Thursday, November 8, 2012

Nukilan dari hati buat sahabat dunia dan akhirat


Hati seperti tak tahu nak rasa apa, inikan pula lidah nak berkata-kata. entah macamne nak ungkapkan perasaan saat-saat terakhir macam ni. sedih ker, gembira ker, semua bercampur baur. 

Saat pertemuan yang kita tak jangka, saling tak mengenali, kita hadir dalam hidup masing-masing. membuka satu lembaran baru dalam hidup yang mana menjalin satu ukhwah persahabatan yang sangat suci. tercoret suka dan duka yang dalam tak sedar mengajar kita erti hidup yang mana membawa kita ke arah kedewasaan. Dewasa dah ker kita? Hehe ;)

Perjuangan yang terlalu banyak rungutan, terlalu banyak pengorbanan dan terlalu banyak kesedihan ini amat bermakna dalam hidup kita. Dalam tak sedar, ada air jernih bergenang di kelopak mata seperti tidak merelakan perpisahan yang mungkin terjadi. Selepas ni, satu lembaran baru dalam hidup kita akan dibuka lagi. susah dah nak dengar kawan-kawan bergelak ketawa, saling usik mengusik antara satu sama lain, menjerit-jerit tak kira tempat dan macam-macam lagi kegilaan yang membawa seribu satu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Kita pasti rindu tu semua kan? T_T

Walau  banyak kenangan pahit sepanjang perkenalan kita dan peritnya terasa hingga ke lubuk hati, ukhwah ni tak mungkin dapat kita buang begitu saja. Pertemuan kita, mengajar kita banyak perkara. tempoh 5thn 1/2 ni sungguh bukan satu tempoh masa yang pendek kan.  kita kenal sahabat, kita kenal macam-macam ragam manusia. Kita belajar untuk menjadi lebih tabah dari sebelumnya. 

Lepas ni, kita dah susah nak jumpa. kita mesti rindu kan? 
Saya pasti rindu kalian semua. pasti sangat.

Fatin
Umi
Mieza
Nadiah 
Farhah
Bella
Syazana
Iman
Isma
Etie 
Qilah
Naam
Yatie
Tom
Syafi
Adeq
Mirah
Anis
Zura

i will miss u all!

Manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan, segalanya kini tak dapat untuk kubahasakan (Erra Fazira dlm Berteman Sepi)..
Saya, nurul ayuani sahabat kalian yang akan sentiasa sayang kalian sepenuh hati saya walau apa pun yang telah terjadi antara kita. Untuk yang terakhir kali, kita padamkan segala kenangan hitam dan gantikan dengan warna warni yang akan buat kita tersenyum untuk terus melalui hari-hari mendatang..
Walau terpisah jauh, kalian tetap sahabat saya sampai hujung nyawa. InsyaAllah~
T_T

Sunday, November 4, 2012

Alahai .. Alahai ..


Alahai. serba salah aku. Kalau xlayan dikatakan sombong. layan pulak dikatakan gatal. macam-macam betul. susah la jadi orang HOT ni. Haha. Opss.. Over lak. Eh, jap jap, nak gelak kuat-kuat jap. geli hati pulak bila ingat balik kejadian malam ni. Hahahahaha...

Oke2. meh nak citer. ada la sorang mamat ni. kawan lama la. pe hal tetiba mintak no fon aku kat pesbuk. baru je aprove dy, aku approve pn sbb aku kenal dy. kalo xkenal wat apa nk apprve. katanya no aku hilang dari contact number dy. oklah, dengan xde rasa nak gatal or menggaru kat mana-mana aku terus bagi. xpelah, nombor je pn kan. bukan hati. Haha. kat kawan-kawan buat apa nak berkira sangat. tu gunanya ada fon. lagipun no tu untuk umum punye. mmg x kesah sangat. mana la taw dy nak contact aku sebab nak ajak aku makan nasi minyak dia k. Haa.. boley makan free lagi. Haha.
Nak dijadikan cerita, x lama lepas tu ada lah mesej masuk. reply je la. aku agak je msti mamat tu. oke. aku layan je la. tanya kbr cerita. semacam mesra pulak pakcik tu.pelik jugak. aku kan suci murni lagi xde apa-apa hasad prasangka kat orang. aku reply la macam biasa je la. Haha. Perasan lebih lak malam ni. 

Hmm.. rasanya xdela macam over sangat msj ngan dy, aku jawab yang mana ditanya je la. tetiba dy tanya aku single lagi ke idak. laaaa... apa hal lak mamat ni, xkan nk usha aku lagi kot, rasa macam dah ada makwe. eish, xboley blah betol soklan. Haha. oke, jujur aku cakap je la aku single but not available sebab dah ada orang cop aku kan. Eceh, yakin aku gtaw kan. sebab aku xnak la ada salah paham lak nanti. tetiba mamat tu bertukar jadi perempuan pulak. sudah. apa citer ni.. siap warning2 aku suruh jaga pakwe aku elok2 xpayah nak menggatal ngan laki dy. dah bukan dia ker yang msj aku dulu. apa kes? Hahaha. naik jugak la hangin aku bila ada perempuan macam ni. main terjah suka-suka hati kan. aduhai. betol-betol x matang. untung sangat la dapat perempuan macam tu kan. dia yang x reti jaga laki k apa. oh oh panas jugak aku. xde bahasa dah mesej. malas nak layan da. aku reply smiley aje la. orang macam ni kalo dilayan makin menjadi ada la.. 

Pastu aku citer la kat buah hati pengarang jantung yang sorang tu. Alhamdulillah, encik bakal suami faham aku. dia pn skali x puas hati ngan perempuan macam tu. tu yang aku sayang tu. Haha. yela. giler berfikiran xmatang kot. asal nk terjah orang suka-suka hati. pergi la terjah laki sendiri kan. main sedap-sedap dia aje. Haha. sengal! xde mood aku sekejap layan orang macam ni. 
sekarang dah ok dah. terus unfren balik dengan mamat tu. xpayah nak kawan sangat la kolo bini xkasi. buat malu jerk! Huh. Haha.. 

Hah. paus rasanya lepas meluah kat blog kesayangan ni. baru boley senyum. Hehe .. :)
Jom sambung buat kerja! Hehe :D

nah amik .. :P

Saturday, November 3, 2012

Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini.. (^_^)

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ................ (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)

Status saat ini .. 
Ya Allah, sungguh aku rindukan bakal imamku .. :(

-Gambar Selingan-
Semoga bakal pengantin sentiasa dirahmati,
hidup bahagia dan dikurniakan  kebaikan di dunia dan akhirat.
InsyaAllah. 

Friday, November 2, 2012

Tido xcukup sebab ARRRRR...


Mengantok. mata ni kalo dipejamkan sebentar mesti lenanya panjang. semalam berjaga sampai pagi. action reserch punye hal. belum settle lagi. esok moderation. Tadi kali yang keberapa jumpa Dr. kesayangan. Masih ada yang perlu diperbaiki tapi Alhamdulillah tak la berat sangat dah. Kena usaha sikit je lagi.
.............ZzZzZZzzz............
omG! da pukul 1.30 pagi. tertido suda rupanya. bangunbangun tdo terus bekerja sampai pagi. walaupun dah berpuluh kali duk beiki AR ni still ada je kesalahan kecil yang xperasan. ahh! bosan betul. SABAR aje la.
oleh sebab post tergendala semalam. sambung menghupdate kat maktab lak. class penyelarasan format AR start pukul 8.30 pagi. tinggal final step je lagi ni. sabar2. kena bagi format betol2. nanti dah jilid boley peluk cium AR tu puas2 pastu simpan lam almari ea.. haha..Ya Allah, xsabar nak cium AR yg dah dijilid ! Hehe .. :)
Isnin ni paper last subjek kualiti prasekolah. belom sempat nk study apa pun ag tapi rasa nk enjoy dah lebih. masyaAllah apa ni ayuani oi.. hehehe..
perasan x tinggal lebih kurang seminggu je lagi bersama kawankawan kat cni. lepas ni masingmasing bawa haluan sendiri. entah kat mana kita lepas ni ye. kita berserah dan berdoalah banyakbanyak. InsyaAllah yang tebaik buat kita semua.
Hujan dah reda. mata pun makin layu. rasa macam nk lelap barang seketika. dah la xsempat lagi nk jemur baju yang basuh satu baldi tadi. basuh sampai lenguh tangantangan xsedar dah hujan. jemur dlm rumah je la dlu. Eceh, nak gak gtaw kan..
..... Haruslaa.. Haha. >__<
semoga hari ini, esok dan seterusnya akan jadi hari yang indah dan sentiasa baik buat kita!



Tuesday, October 30, 2012

Exam


Selamat menempuh final year exam untuk semester 8 ! Wish u all the best!
Semoga urusan kita dipermudahkan. InsyaAllah..

i just wondering. di mana saya tahun depan yer? hee ..

InsyaAllah. Allah s.w.t dah rencanakan yang terbaik buat kita semua. 
S.A.B.A.R
:)

Wednesday, October 17, 2012

Tipikalnya Perempuan :P


perempuan tipikal kah aku kalo aku rasa macam serabut sorang2? tension sorang? perempuan, biasa la kan. emosi lebih. cuba r jadi perempuan kalo x caya.. Haha.. aku tak suka bila orang kata aku lembut. ada maksud tersembunyi yang mengatakan aku lembik. [sedang bajet diri kuat, sekuat encik Hulk. Haha] diam bukan bermakna setuju. bersuara bukan bermakna betul. jangan meletakkan kesalahan orang lain di mata tapi kesalahan sendiri letak kat ponggong. apa kes? maaf sebab macam kasar tp copy ayat tu kat blog sape2 ntah, macam best. emo sikit awal2 citer... Hehe .. :)

xsuka bila ada susuatu di luar jangkaan yang kita xnak berlaku. OMG! tolong la jangan macam ni. Serius x boley nk terima. Hmm . usaha nak jadi pendamai kadang-kadang sesuatu yang menakutkan. mungkin sebab kita bukan di mana-mana pihak. usaha ni bukan bermakna diri kita yang betul, bukan juga mencari kesalahan sape-sape tetapi mungkin untuk bagi hati semua lebih tenang. serius bukan kerja mudah. diri sendiri perlu kuat dan rasional untuk fikir yang mana betul yang mana salah tapi tak boleh judge sesuka hati. cukup kita perhati, amati dan dalami. nonverbal understanding kadang-kadang tu penting gak. kadang kalo banyak cakap lagi banyak la salahnya kan? cuba cakap hati ke hati bersama akal yang waras menemani. mungkin lebih bermakna kan? :) eish. cuba nak buat. susah wooo ... ~ hehe

dari dulu sampai sekarang, rasa bersyukur tak pernah hilang. insyaAllah. bersyukur sebab ada kawan-kawan yang baik. semua kejadian Allah ni semua baik2. xde yang jahat melainkan diri kita yang jahat berfikiran orang lain jahat. Bersangka baik mampu membuat hati kita tenang. jadi kenapa kita x cuba menerimanya sebagai satu ujian dari Allah s.w.t. Sungguh setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, sungguh dengan siapa Allah.s.w.t temukan kita pasti ada kenangannya. baik buruk tu semua kenangan. bergantung pada kita untuk menerimanya. [hati susah nak cakap menda ni. sebab hati xboleh menipu. pe kata biar hati je tahu semua. xperlu mulut sampai bagtau sume orang xpuas hati itu ini kat si tuttt tutt.. xperlu kot kan? sbb sendiri ada rasa kn? kalo x puas hati kat dia, tnya dia betul2. sy dah buat mcmtu. Alhamdulillah better la .. Eceh, bg nasihat lak.oke. done! taley over. Haha]

sorang teman tu pernah tanya, "pelik la perempuan kan? slalu beremosi. tipikal sangat.." err. betul la tu, terasa sendiri pulak  ngan kata2 teman tu. Hehe. tapi dah fitrahnya mcam ni kan? kita yang perempuan ni kadang2 perlu masa, perlu ruang, perlu nasihat n bimbingan yang boley jadikan diri lebih matang. tu la untungnya ada teman .. saling mengingatkan.. :)

Xnk lah jadi perempuan tipikal yang macam ni. jadi perempuan biasa2 yang underground boley? Diam sajalah.. jangan kacow sape2 .. boley x? Hehe. 
Anda mcmne yer? renung-renungkan dan selamat bermuhasabah .. Hehe :P

Friday, October 12, 2012

Diam Saja


Aku diam.
Aku melihat dia ketawa bersama mereka.
Aku diam.
Aku melihat dia dan dia yang tidak gembira.
Aku mencari diri aku dalam kalangan mereka.
Kosong.
Aku tak punya apa-apa.
Di antara dia dan dia.
Ada satu rahsia yang sukar untuk difahami.
Dia yang mampu membuat aku ketawa.
Dia juga mampu membuat aku menangis.
Ada masanya, aku kecewa.
Aku tak mampu berkata apa.
Kerana aku tetap aku.
Menjadi diriku yang lebih rasa dari kata.
Dan aku masih diam.
Aku cuba memahami mereka dalam erti bahasa jiwa.
Membiarkan mereka dengan cara mereka.
Kau dengan cara kau bersama mereka
Tanpa aku lagi.
Aku senyum pada mereka
Dan diam saja.
:)

*1.27 PM (12/10/2012)



Wednesday, October 10, 2012

One Step Done!

Hoyyeeeh.hoyyeeh! one step done! rasa macam nk jerit kuat2! da boley kawin da! Opss. kalo jerit macam tu gedik sangat tuuu .. Hehe .. Viva dah success! yeah! tinggal proses penulisan laporan yang nak submit isnin nanti pulak. Then, fokus kat assingment KISSM pulak. Then interbiuuww lak.. Ohhh, banyak lagi belum selesai kan? but after viva presentation, da rasa lega sangat. Alhamdulillah. 
Nak citer time hari viva lepas, aku rasa macam x terurus sangat. Muka cuak n pucat aje. malu nk tunjuk gambo muka orang cuak ni. Haha. Tapiiiiiiiii nah, nk tunjuk jugak ngan muka xtaw maluuuu ... Haha .. 
at the beginning presentation. Hoho ~
Da mula dapat mood. Ecece.. :P
 Orait. tulah gmbo muka cuak den. dalam hati Allah s.w.t je tahu. kat luar pura-pura konfiden. ehek3. :P

Tuesday, October 2, 2012

Mock Viva


Alhamdulillah ~
mock viva dah lepas, tunggu hari sebenar pembentangan viva pula next week! moga dipermudahkan buat diri dan semua sahabat. :)
Cerita sedikit al kisah mock viva yang bagai nak tercabut jantung. dapat lecturer yang agak psiko. masuk-masuk terus suruh mulakan. sahabat sepraktikum memulakan pembantangan. agak mendebarkan sehingga ke saat terakhir mengucapkan terima kasih. soklan ditanya bertubi-tubi. bla.  bla.. bla.. Fuhh! 
Ok, next my turn! ke hadapan dengan langkah bismillah. Agak tersekat-sekat memulakan bicara.
komen diterima dalam masa pembentangan. Teknik nyanyian lagu "Berkumpul" diperkenalkan untuk sesi taransisi kanak-kanak prasekolah. 
Tajuk kajian, "berkumpul, berkumpul, semua berkumpul". oke, ntah pape but better then never.. haha.. then my presentation begin till the end.. bla.. bla.. bla..
Macamne dapat idea untuk buat teknik nyanyian?
Siapa yang mngatakan teknik nyanyian dapat menarik minat kanak-kanak?
Siapa yang menyatakan item yang dipilih dalam senarai semak adalah tingkah laku mengganggu?
that some of the question yang ditanya. at least da dapat gambaran untuk soklan2 time viva betul2 isnin nanti kan. Still perlu penambahbaikan! caiyok2! Hee ~

Sunday, September 30, 2012

Makin Hampir

Indahnya hadiah birthday tahun ni sehingga paling banyak membuatkan air mata mengalir. Mengharapkan bulan september, oktober dan terus kepada november berlalu dengan cepat tanpa sebarang duka. malangnya, semakin hampir dengan saat perpisahan semakin banyak hati yang terluka. Kenapa kita dibenci sedangkan kita cuba berusaha menjadi yang terbaik kepada semua orang. walaupun kita tahu untuk menjadi yang terbaik kepada semua adalah satu perkara tamak dan adalah suatu yang mustahil. But at least kita cuba. Dalam tak sedar ada hati yang terluka, ada hati yang menjauh. Dan itu masih menjadi salah kita. Allahuakbar! aku betul-betul tak kuat. 
Tenangkan hatiku menerima ketentuan-Mu Ya Allah. 
Temukan aku dengan sahabat yang sejalan denganku dalam mencari kereadaan-Mu
---------------------
Maaf buat semua andai ada salah silap sepanjang bersahabat. tak mampu lagi nak mengolah rasa. 
Hanya Allah yang tahu segalanya. 
_________
*mood berdebor nak present AR esok.. :(

Saturday, September 29, 2012

Another 28 Sept in my life

xtahu nak cakap macamne .. thanks! thanks a lot .. mulanya sedih sikit sebab x dapat bersama ngan yg tersyg time besday mcm ni. hehe .. nak celebrate kat rumah pn x jadi. tapi, rasa ceria semula dapat kuar ngan kak, abe ye n nabil! :)
terima kasih sebab buat rasa disayangi.. cewahh! ngee ..
let's the picca tell the story! hoyeeh! :)
soooo nice!
so sweeet ! :)
Kek tajaan kak mirah! hehe :)
Menu pizza Hut malam ni .. :)
Hadiah yg dikirimkan dari peminat.. Haha. Thanks dear!
No matter wat happen! be strong kakak! anda sentiasa disayangi abg sy dan sy! hehe.. 
:D

Friday, September 28, 2012

Happy 28 Sept Ayuani !


Kan best kalau ada orang wat surprise yang menggumbirakan hati time-time macam ni .. Hehe .. Happy Birthday cik Nurul Ayuani! Eceh, wish kat diri sendiri puleksss! ngee .. 
Tahun 2012 dah sampai ke tarikh 28 September ok, wajibla bagi hati ceria sikit walaupun x berapa nak ceria .. Hehe .. 
Sape tak suka kalau dapat surprise kan? tapi biarlah menyenangkan. Bagi hati ceria sikit. tak nak r surprise macam yang lecturer buwat tadi .. tengah syok tido kat rumah dgn senang hati xde kelas, boley pulak dapat berita lect suh p kelas untuk pra-pembentangan viva! .. Huh, nak tercabot jantung .. aiyooo! boley tak jangan bagi tekanan mental kat orang! Huu.. Xpew2.. turn i untuk pra-pembentangan hari isnin ni, sempat lagi repair yang mana patot! wish me luck! moga lidah tak kelu and dapat berpura-pura tenang dengan success! Hehe .. 
Tetiba rasa nak buat wish sket hari ni boley tak? boley la ea .. Kasi chan besday girl ngade2 ckit .. Hehe .. I wish nak swift sebijik. Boley x? ada sape2 nak bagi tak? Haha .. otak sedang tak berapa nak betu ni .. Bosan ngadap AR .. Hehe ..
I just wish moga hari ini dan hari-hari mendatang akan sentiasa di bawah reada Allah s.w.t. semoga aku and sahabat-sahabat tabah menghadapi segalanya sehingga ke akhirnya.. InsyaALLAH..
Doakan yang terbaik untuk bakal-bakal cikgu ok. peace! ;D

15.16 a.m - mcD Kajang

Saturday, September 22, 2012

Dear Heart

Dear Heart.
Please be strong no matter what happen and no matter how much you have been hurt. Kata orang hidup ni x selalu indah. kita x mampu nak memuaskan hati semua pihak walau macam mana kita mencuba sekalipun. Percayalah. Nak memuaskan hati semua orang ni bukan mudah, paling-paling terpaksa korbankan hati sendiri. Hati perlu ada pendirian, hati kena kuat. Kita boleh hidup bahagia kalau kita mahu dan berusaha ke arah kebahagian yang kita idamkan. InsyaAllah kita mampu untuk terus bahagia. Bukan mengabaikan perasaan orang lain tapi cuba untuk tidak mengetepikan perasaan sendiri. Rasanya itu yang terbaik untuk hati.
Lidah merupakan senjata paling tajam. Kata-kata umpama belati yang menikam. Aku lebih suka mengingatkan diri sendiri daripada melihat atas kesalahan orang lain. Daripada situ mungkin aku mampu untuk memperbaiki diri. Sebagai manusia biasa, aku sendiri x dapat lari dari melukakan hati mana-mana pihak tanpa aku sedari. mungkin kata-kata yang dilemparkan dianggap biasa namun kesannya sangat mendalam. Aku lebih rela berdiam diri dan hidup dalam dunia aku sendiri daripada masuk ke dunia mereka yang tak pernah mengerti kehadiran diri aku.
Kita manusia. Takkan pernah sempurna. Kita mencuba. Tak semastinya berjaya. Kita bercakap. Tak semestinya mereka mendengar. Conclusion untuk apa yang telah ditaip dari tadi, understanding itu saaaaaangat penting, tak kisah lah dalam berkawan ker, berkasih ker.. Faham memahamilah.. That's all .. Hehe..
Dear Heart.
Please don't hurting and try to be strong so you can't be hurt.. =)

Selagi boley senyum sila senyum saja :)

Tuesday, September 18, 2012

Selingan

Saya rasa macam sakit kepala. perut pulak memulas-mulas angkara makan tomyam kat kedai tadi. makan tomyam saja tanpa nasi tu sedap juga. diet pun menjadi. ulang alik toilet pn menjadi. hehehe. Badan mula rasa tak sedap. Macam nak demam pn ada ni. 
-____-
Nampak tak penangan student yang dah tak lama lagi nak jadi cikgu. yang tak taw lagi akan di'posting'kan kat mana. Kena terima dengan reada.
Makin dekat dengan tempoh tamat belajar, makin bertimbun kerja, makin bertambah stress and makin terganggu emosi. 
kawan-kawan semua pon sama. nampak masing-masing tension dengan kerja. Hmm.. Sabar lah yee.. kita kena kuat! sikit je lagi. 
Kena tabah. kental fizikal dan mental. 
Bagi semangat untuk diri. 
Moga Kuat. 
Jom berjuang! :)
Nampak muka cikgu stress k? LANGSUNG tak kannnn? LANGSUNG X STRESS ok! haha

Sunday, September 16, 2012

Teman Baru


Kenalkan, ini teman baru saya! chumel x? kecik je. xley lawan lucky yg beso tu.tp ada unsur-unsur sentimental di situ. Hehe .. thanks for the gift. agak awal untuk besday saya tapi it's ok. means a lot. ngee .. makan famous amos ngan cik ted ni jap.. ermm.. best2.. hee.. 
dah habis masa main-main. kena fokus wat AR lak. cik ted teman k. ngee..



daaaa! .. ;)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Layan Je



Thursday, September 13, 2012

Good Thinking!


Manusia kadang-kadang tak reti nak bersyukur. dah hilang baru nak terghegeh-hegeh. masa ada tak tahu nak hargai macamne, tak tahu nak bersyukur. hmm .. aku bercakap bukan melihat kelemahan orang lain. kadang-kadang aku sendiri lupa dan alpa. yelah, kita manusia biasa yang memang tak kan pernah dapat lari dari melakukan kesilapan.

Mari kita berfikir secara positif. Rehatkan fikiran dan cuba dalami dan fahami diri sendiri.Bukankah salah kiranya kita hanya nampak kelemahan orang, memperkecilkan orang lain, menyakiti hati orang dan apa lagi menjatuhan meruah orang kan. Astaghfirullah .. kecil betul pemikiran insan yang sedemikian. sedangkan diri kita sendiri tak berapa nak betul, tak berapa nak lurus tapi kita pejamkan mata dan hanya melihat keburukan orang. 

Manusia macam kita senang sangat lupa. sesekali muhasabah diri tu penting. mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berada di landasan yang betul. kita hidup di bumi Allah s.w.t bukan sendirian, malahan kita ada insan tersayang di sisi. andai Allah s.w.t kurniakan kamu sahabat. hargailah. sayangi sahabat walaupun beribu kali hati kamu disakiti. sahabat sejati tak kan pernah jemu berada di sisi walaupun hatinya selalu terluka. Moga hati kita sama-masa tabah dan terus berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah.

*Hargai setiap detik yang ada! :)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, September 11, 2012

*Istighfar


Betapa susahnya mencari kekuatan.

mood bercampur baur dek kerenah manusia.

hati tak kuat.

*istighfar 


Saturday, September 8, 2012

Cikgu Apis


Aku penat fikir. xtaw la aku pikir apa. Eja "fikir" pn dah jadi "pikir". Ayoyo ..  Abaikan je lah. janji adik2 x guna dalam buat karangan yer.. Actually dah lama x update blog ni. bukan sebab xde benda nk update tapi kemalasan untuk menaip tu sangat tinggi. Dengan assignment bagai and kajian kes yang xsettle2 lagi jadi alasan kukuh untuk aku bermalasan mengupdate blog nih. bagus kan? 

Tetiba hari ni aku ada semangat pulak nk taip-taip.. senyum saje lah. bukan sebab seronok apa, tapi terasa bangga dapat kenal pasal insan bergelar guru yang ikhlas dengan pekerjaannya. Sangat komited dan ikhlas. Rasa kecewa bila ingat pasal someone yg merendahkan pekerjaan guru ni. menganggap guru satu kerja yang mudah dan rendah.. Hmm .. Sedih2 .. Pasal yang tu lupakan saje lah. let's her speak. kita jangan persoalkan keikhlasan kita yer cikgu2..  :)

EDU 3108 telah memperkenalkan kami dengan cikgu Apis ni. First time baca blog dia aku taw dy ni cikgu yang sangat hebat. Bukan semua cikgu boley jadi macam dia kalo tahap kerajinan and semangat tak tinggi. betul tak? 

Dalam minggu ni jugak. Time EDU 3108 yang dikendalikan oleh pensyarah berkeliber kami Puan Tan. Kami habiskan 2 period bincangkan pasal cikgu Apis ni. masing-masig bagi pandangan and pendapat sendiri. Macam stress jugak sebab time tu baru baca 1 entry dy je. x berkenalan elok-elok lagi dgn blog dia .. xsempat kot. huu .. lagi stress bila mcm2 andaian and pendapat yang dikemukakan. Kritikal thinking semuanya .. perkongsian terakhir and apa kesimpulan dari aku sendiri selepas habis perbincangan tu ialah " Siapa pun dia, i am really sure that he give something to readers from his blog. x kira lah dari segi motivasi k, semngt k, cara mengajar k, yang pasti ada sesuatu dari blog dy yang aku dapat. so, it is something good. x perlu persoalkan sikap, attitude or latar belakang dy yang kita sendiri x tahu. take the positive !."

Then hari ni. live and exclusive kat IPG Pendidikan Islam, Cikgu Apis ni datang untuk bagi talk. Nampak macam ramai student dah jatuh hati kat Cikgu Apis ni lepas bual bual bicara ni. Dengar pengalaman and cerita cikgu Apis x berkelip, ngantok pn tidak.. Hehe .. I's oke. Cikgu Apis single lagi kan? Ramai gugurl nak taw ni .. Hi3 .. 

Orangnya polite saja. Mula-mula nampak  agak menggelabah untuk memulakan majlis. But i's cute lah .. Opss .. Hee .. Sangat merendah diri. Paling nampak keikhlasan dalam diri beliau mengajar anak-anak kecil. Ermm .. banyak sanagt la nak citer pasal cikgu ji .. hehe .. Kalo nak kenal, sila lah berkenalan dengan blog beliau. semoga Cikgu Apis terus berjaya dan berjaya  ..

Life through my eyes! ~  apistakkisah.blogspot.com 

Nak sambung buat assigment and AR ni, 
Errr .. Cikgu Apis, sila bagi semangat kat saya ok. Hehew .. ! :P



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, August 23, 2012

Marriage


seronok tengok orang kawin. semua cantik, semua hensem dengan pakaian pengantin, diarak dan diraikan. InsyaAllah, doa yang terbaik; semoga mereka bahagia sentiasa di bibir orang tersayang.
perkahwinan bukan sekadar pakai cantik-cantik, bersolek, bersanding dan yang seumpama itu lah. tapi perkahwinan satu keputusan besar dalam hidup, satu perubahan dan satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul. till jannah, betul x? means u're ready to makes a big change in ur life ..  :)

musim cuti ni ada aje orang kawin. seronok jugak p kenduri orang ni. tengok pengantin. tengok pelamin, berangan pelamin impian nanti. hehe .. InsyaAllah bulan 11 nanti ada event besar dalam family aku. aku dah mula excited. hehe ..

3 month to gooooo .. yaeh! ^^,



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, August 14, 2012

Sister !

Sweet memory dear! Thanks a lot ;)


Monday, August 13, 2012

Project Love : Nur'Lia Wardrobe


Kawan-kawan. nak share something ni. i ada buat projek dengan bestie i cik aliya ni .. Hehe .. Tatkala kesibukan yang melampau dengan action research yang belom nampak sinar kegemilangannya, kami dengan penuh semangat nak introduce kami punye kedai bAJU. Ececeh. Kedai la sangat kan. Hehe .. Tak caya boley terus ke link ini -------> https://www.facebook.com/nurliawardrobe (like terus taw! tenkiu laling2)
Kami baru je cuba-cuba bidang ni. Harap sangat sokongan daripada semua. Kami berniaga pun atas dasar minat. Lau i maybe turun menurun minat berniaga dari abah ngan arwah atok ni. Hehe .. :)
Jom la u'sha ramai-ramai. share sekali. oh, over suda. Hehe .. 
Blog kami pulak boley pergi kat ----- > nurliawardrobe.blogspot.com 

Kawan2! puasa tinggal beberapa hari je lagi ni! da nak raya laaaa .. Huu.. Ramadhan, i will miss u.. Huk3..




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, August 8, 2012

SBK : SAYA NAK KAD RAYA


Hai. Assalamualaikum?
Aura raya dah terasa kan? buka blog pagi ni ternampak satu post best kat blog SBK. Terasa pulak nak join. rindu zaman gemilang dapat kad raya banyak-banyak dulu .. Cewaaahhh ! sekarang da zaman IT dah, mmg pakai pesbuk, pakai sms je la kan. Mudah dan cepat. Tapi, aku lebih suka yang classic ni . Kad Raya . Dia punye feeling dapat kad tu mmg betol2 best. semangat nak raya berkobar-kobar. Kalah budak-budak. Hehe..
Buat semua follower and SBK, Selamat Hari Raya.. 
Eh.Eh. x awal sangat ker nak wish ni .. Hehe .. 
Apapun, buat SBK, segmen best ni . Keep it up!

Nak kad raya! Nak Kad Raya! Hehe .. :P


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me