Followers

Pages

Sunday, September 30, 2012

Makin Hampir

Indahnya hadiah birthday tahun ni sehingga paling banyak membuatkan air mata mengalir. Mengharapkan bulan september, oktober dan terus kepada november berlalu dengan cepat tanpa sebarang duka. malangnya, semakin hampir dengan saat perpisahan semakin banyak hati yang terluka. Kenapa kita dibenci sedangkan kita cuba berusaha menjadi yang terbaik kepada semua orang. walaupun kita tahu untuk menjadi yang terbaik kepada semua adalah satu perkara tamak dan adalah suatu yang mustahil. But at least kita cuba. Dalam tak sedar ada hati yang terluka, ada hati yang menjauh. Dan itu masih menjadi salah kita. Allahuakbar! aku betul-betul tak kuat. 
Tenangkan hatiku menerima ketentuan-Mu Ya Allah. 
Temukan aku dengan sahabat yang sejalan denganku dalam mencari kereadaan-Mu
---------------------
Maaf buat semua andai ada salah silap sepanjang bersahabat. tak mampu lagi nak mengolah rasa. 
Hanya Allah yang tahu segalanya. 
_________
*mood berdebor nak present AR esok.. :(

Saturday, September 29, 2012

Another 28 Sept in my life

xtahu nak cakap macamne .. thanks! thanks a lot .. mulanya sedih sikit sebab x dapat bersama ngan yg tersyg time besday mcm ni. hehe .. nak celebrate kat rumah pn x jadi. tapi, rasa ceria semula dapat kuar ngan kak, abe ye n nabil! :)
terima kasih sebab buat rasa disayangi.. cewahh! ngee ..
let's the picca tell the story! hoyeeh! :)
soooo nice!
so sweeet ! :)
Kek tajaan kak mirah! hehe :)
Menu pizza Hut malam ni .. :)
Hadiah yg dikirimkan dari peminat.. Haha. Thanks dear!
No matter wat happen! be strong kakak! anda sentiasa disayangi abg sy dan sy! hehe.. 
:D

Friday, September 28, 2012

Happy 28 Sept Ayuani !


Kan best kalau ada orang wat surprise yang menggumbirakan hati time-time macam ni .. Hehe .. Happy Birthday cik Nurul Ayuani! Eceh, wish kat diri sendiri puleksss! ngee .. 
Tahun 2012 dah sampai ke tarikh 28 September ok, wajibla bagi hati ceria sikit walaupun x berapa nak ceria .. Hehe .. 
Sape tak suka kalau dapat surprise kan? tapi biarlah menyenangkan. Bagi hati ceria sikit. tak nak r surprise macam yang lecturer buwat tadi .. tengah syok tido kat rumah dgn senang hati xde kelas, boley pulak dapat berita lect suh p kelas untuk pra-pembentangan viva! .. Huh, nak tercabot jantung .. aiyooo! boley tak jangan bagi tekanan mental kat orang! Huu.. Xpew2.. turn i untuk pra-pembentangan hari isnin ni, sempat lagi repair yang mana patot! wish me luck! moga lidah tak kelu and dapat berpura-pura tenang dengan success! Hehe .. 
Tetiba rasa nak buat wish sket hari ni boley tak? boley la ea .. Kasi chan besday girl ngade2 ckit .. Hehe .. I wish nak swift sebijik. Boley x? ada sape2 nak bagi tak? Haha .. otak sedang tak berapa nak betu ni .. Bosan ngadap AR .. Hehe ..
I just wish moga hari ini dan hari-hari mendatang akan sentiasa di bawah reada Allah s.w.t. semoga aku and sahabat-sahabat tabah menghadapi segalanya sehingga ke akhirnya.. InsyaALLAH..
Doakan yang terbaik untuk bakal-bakal cikgu ok. peace! ;D

15.16 a.m - mcD Kajang

Saturday, September 22, 2012

Dear Heart

Dear Heart.
Please be strong no matter what happen and no matter how much you have been hurt. Kata orang hidup ni x selalu indah. kita x mampu nak memuaskan hati semua pihak walau macam mana kita mencuba sekalipun. Percayalah. Nak memuaskan hati semua orang ni bukan mudah, paling-paling terpaksa korbankan hati sendiri. Hati perlu ada pendirian, hati kena kuat. Kita boleh hidup bahagia kalau kita mahu dan berusaha ke arah kebahagian yang kita idamkan. InsyaAllah kita mampu untuk terus bahagia. Bukan mengabaikan perasaan orang lain tapi cuba untuk tidak mengetepikan perasaan sendiri. Rasanya itu yang terbaik untuk hati.
Lidah merupakan senjata paling tajam. Kata-kata umpama belati yang menikam. Aku lebih suka mengingatkan diri sendiri daripada melihat atas kesalahan orang lain. Daripada situ mungkin aku mampu untuk memperbaiki diri. Sebagai manusia biasa, aku sendiri x dapat lari dari melukakan hati mana-mana pihak tanpa aku sedari. mungkin kata-kata yang dilemparkan dianggap biasa namun kesannya sangat mendalam. Aku lebih rela berdiam diri dan hidup dalam dunia aku sendiri daripada masuk ke dunia mereka yang tak pernah mengerti kehadiran diri aku.
Kita manusia. Takkan pernah sempurna. Kita mencuba. Tak semastinya berjaya. Kita bercakap. Tak semestinya mereka mendengar. Conclusion untuk apa yang telah ditaip dari tadi, understanding itu saaaaaangat penting, tak kisah lah dalam berkawan ker, berkasih ker.. Faham memahamilah.. That's all .. Hehe..
Dear Heart.
Please don't hurting and try to be strong so you can't be hurt.. =)

Selagi boley senyum sila senyum saja :)

Tuesday, September 18, 2012

Selingan

Saya rasa macam sakit kepala. perut pulak memulas-mulas angkara makan tomyam kat kedai tadi. makan tomyam saja tanpa nasi tu sedap juga. diet pun menjadi. ulang alik toilet pn menjadi. hehehe. Badan mula rasa tak sedap. Macam nak demam pn ada ni. 
-____-
Nampak tak penangan student yang dah tak lama lagi nak jadi cikgu. yang tak taw lagi akan di'posting'kan kat mana. Kena terima dengan reada.
Makin dekat dengan tempoh tamat belajar, makin bertimbun kerja, makin bertambah stress and makin terganggu emosi. 
kawan-kawan semua pon sama. nampak masing-masing tension dengan kerja. Hmm.. Sabar lah yee.. kita kena kuat! sikit je lagi. 
Kena tabah. kental fizikal dan mental. 
Bagi semangat untuk diri. 
Moga Kuat. 
Jom berjuang! :)
Nampak muka cikgu stress k? LANGSUNG tak kannnn? LANGSUNG X STRESS ok! haha

Sunday, September 16, 2012

Teman Baru


Kenalkan, ini teman baru saya! chumel x? kecik je. xley lawan lucky yg beso tu.tp ada unsur-unsur sentimental di situ. Hehe .. thanks for the gift. agak awal untuk besday saya tapi it's ok. means a lot. ngee .. makan famous amos ngan cik ted ni jap.. ermm.. best2.. hee.. 
dah habis masa main-main. kena fokus wat AR lak. cik ted teman k. ngee..



daaaa! .. ;)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Layan Je



Thursday, September 13, 2012

Good Thinking!


Manusia kadang-kadang tak reti nak bersyukur. dah hilang baru nak terghegeh-hegeh. masa ada tak tahu nak hargai macamne, tak tahu nak bersyukur. hmm .. aku bercakap bukan melihat kelemahan orang lain. kadang-kadang aku sendiri lupa dan alpa. yelah, kita manusia biasa yang memang tak kan pernah dapat lari dari melakukan kesilapan.

Mari kita berfikir secara positif. Rehatkan fikiran dan cuba dalami dan fahami diri sendiri.Bukankah salah kiranya kita hanya nampak kelemahan orang, memperkecilkan orang lain, menyakiti hati orang dan apa lagi menjatuhan meruah orang kan. Astaghfirullah .. kecil betul pemikiran insan yang sedemikian. sedangkan diri kita sendiri tak berapa nak betul, tak berapa nak lurus tapi kita pejamkan mata dan hanya melihat keburukan orang. 

Manusia macam kita senang sangat lupa. sesekali muhasabah diri tu penting. mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berada di landasan yang betul. kita hidup di bumi Allah s.w.t bukan sendirian, malahan kita ada insan tersayang di sisi. andai Allah s.w.t kurniakan kamu sahabat. hargailah. sayangi sahabat walaupun beribu kali hati kamu disakiti. sahabat sejati tak kan pernah jemu berada di sisi walaupun hatinya selalu terluka. Moga hati kita sama-masa tabah dan terus berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah.

*Hargai setiap detik yang ada! :)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, September 11, 2012

*Istighfar


Betapa susahnya mencari kekuatan.

mood bercampur baur dek kerenah manusia.

hati tak kuat.

*istighfar 


Saturday, September 8, 2012

Cikgu Apis


Aku penat fikir. xtaw la aku pikir apa. Eja "fikir" pn dah jadi "pikir". Ayoyo ..  Abaikan je lah. janji adik2 x guna dalam buat karangan yer.. Actually dah lama x update blog ni. bukan sebab xde benda nk update tapi kemalasan untuk menaip tu sangat tinggi. Dengan assignment bagai and kajian kes yang xsettle2 lagi jadi alasan kukuh untuk aku bermalasan mengupdate blog nih. bagus kan? 

Tetiba hari ni aku ada semangat pulak nk taip-taip.. senyum saje lah. bukan sebab seronok apa, tapi terasa bangga dapat kenal pasal insan bergelar guru yang ikhlas dengan pekerjaannya. Sangat komited dan ikhlas. Rasa kecewa bila ingat pasal someone yg merendahkan pekerjaan guru ni. menganggap guru satu kerja yang mudah dan rendah.. Hmm .. Sedih2 .. Pasal yang tu lupakan saje lah. let's her speak. kita jangan persoalkan keikhlasan kita yer cikgu2..  :)

EDU 3108 telah memperkenalkan kami dengan cikgu Apis ni. First time baca blog dia aku taw dy ni cikgu yang sangat hebat. Bukan semua cikgu boley jadi macam dia kalo tahap kerajinan and semangat tak tinggi. betul tak? 

Dalam minggu ni jugak. Time EDU 3108 yang dikendalikan oleh pensyarah berkeliber kami Puan Tan. Kami habiskan 2 period bincangkan pasal cikgu Apis ni. masing-masig bagi pandangan and pendapat sendiri. Macam stress jugak sebab time tu baru baca 1 entry dy je. x berkenalan elok-elok lagi dgn blog dia .. xsempat kot. huu .. lagi stress bila mcm2 andaian and pendapat yang dikemukakan. Kritikal thinking semuanya .. perkongsian terakhir and apa kesimpulan dari aku sendiri selepas habis perbincangan tu ialah " Siapa pun dia, i am really sure that he give something to readers from his blog. x kira lah dari segi motivasi k, semngt k, cara mengajar k, yang pasti ada sesuatu dari blog dy yang aku dapat. so, it is something good. x perlu persoalkan sikap, attitude or latar belakang dy yang kita sendiri x tahu. take the positive !."

Then hari ni. live and exclusive kat IPG Pendidikan Islam, Cikgu Apis ni datang untuk bagi talk. Nampak macam ramai student dah jatuh hati kat Cikgu Apis ni lepas bual bual bicara ni. Dengar pengalaman and cerita cikgu Apis x berkelip, ngantok pn tidak.. Hehe .. I's oke. Cikgu Apis single lagi kan? Ramai gugurl nak taw ni .. Hi3 .. 

Orangnya polite saja. Mula-mula nampak  agak menggelabah untuk memulakan majlis. But i's cute lah .. Opss .. Hee .. Sangat merendah diri. Paling nampak keikhlasan dalam diri beliau mengajar anak-anak kecil. Ermm .. banyak sanagt la nak citer pasal cikgu ji .. hehe .. Kalo nak kenal, sila lah berkenalan dengan blog beliau. semoga Cikgu Apis terus berjaya dan berjaya  ..

Life through my eyes! ~  apistakkisah.blogspot.com 

Nak sambung buat assigment and AR ni, 
Errr .. Cikgu Apis, sila bagi semangat kat saya ok. Hehew .. ! :P



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me