Followers

Pages

Wednesday, November 28, 2012

Mutiara Untuk Hati #1


Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.

*Suka sangat kata-kata ni. Kita manusia jangan pandai cakap je, yang penting perlakuan dan perbuatan kita. betul x? Jangan pulak jadi yang macam cakap tak serupa bikin. Haa.. Nak cakap kena pikir betul2 pasni.. sekadar muhasabah untuk diri. 
Selamat Malam! ;)

Al-'kesah'?


Mata ni xboley nk lelap. Paksa pn xboley nk lelap. Byk benda duk pusing2 dlm kepala. Salah satunya awak la.ada awk kesah. Xkesah langsung pn kn. Argh.. Benci la nk post em02 cmni. Xkesah la! Awk pn bknnya kesah kn. (byk pulak perkataan 'kesah' dlm post ni.. Ops.. Abaikn ejaan yg sengaja bg cilap tu..hehe).. Sy x rasa awak akan bca post ni. Sbb awk xkn pernah kesah pasal sy. Jgn smpai nanti hati sy pn jd xkesah dgn awk!ok bye! Mls nk pikir pasal awak.. Baik sy buat benda yg boleh wat sy hepi. Bwuek!!.. Mls lyn awk!

Tuesday, November 27, 2012

Badrul Hisyam + Nadiah Azmi

Selamat Pengantin baru sahabat.
Thanks sudi luangkan masa ber' photo shoot ngan photographer amatur ni.. cewahh.. Haha.. Soronok kenal ngan puan Nadia Azmi. sangat baik dan chomel. Semoga kalian berbahagia dan kekal hingga hujung nyawa. 
Lot's of love.








Thursday, November 22, 2012

Mahligai Indah Photography


Love Taking Picture?? Need Photographer?? Contact us !!.. 
School Holiday Promotion! :D
Available in TERENGGANU & KELANTAN only.
- Photo shoot
- Editing 
- Soft copy picture
- Storybook (Sticky Album)

............ pm me or contact the number for more details ........ ;)


Sunday, November 18, 2012

Percubaan ~ Wedding Photo

Here some pix my bro punye wedding. Sape nk i jadi photogrpher dy utk apa2 occasion boley contact i kat cni.. Haha.. Seswai x?? Hik3 .. 
Peace! ;)









Monday, November 12, 2012

Thursday, November 8, 2012

Nukilan dari hati buat sahabat dunia dan akhirat


Hati seperti tak tahu nak rasa apa, inikan pula lidah nak berkata-kata. entah macamne nak ungkapkan perasaan saat-saat terakhir macam ni. sedih ker, gembira ker, semua bercampur baur. 

Saat pertemuan yang kita tak jangka, saling tak mengenali, kita hadir dalam hidup masing-masing. membuka satu lembaran baru dalam hidup yang mana menjalin satu ukhwah persahabatan yang sangat suci. tercoret suka dan duka yang dalam tak sedar mengajar kita erti hidup yang mana membawa kita ke arah kedewasaan. Dewasa dah ker kita? Hehe ;)

Perjuangan yang terlalu banyak rungutan, terlalu banyak pengorbanan dan terlalu banyak kesedihan ini amat bermakna dalam hidup kita. Dalam tak sedar, ada air jernih bergenang di kelopak mata seperti tidak merelakan perpisahan yang mungkin terjadi. Selepas ni, satu lembaran baru dalam hidup kita akan dibuka lagi. susah dah nak dengar kawan-kawan bergelak ketawa, saling usik mengusik antara satu sama lain, menjerit-jerit tak kira tempat dan macam-macam lagi kegilaan yang membawa seribu satu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Kita pasti rindu tu semua kan? T_T

Walau  banyak kenangan pahit sepanjang perkenalan kita dan peritnya terasa hingga ke lubuk hati, ukhwah ni tak mungkin dapat kita buang begitu saja. Pertemuan kita, mengajar kita banyak perkara. tempoh 5thn 1/2 ni sungguh bukan satu tempoh masa yang pendek kan.  kita kenal sahabat, kita kenal macam-macam ragam manusia. Kita belajar untuk menjadi lebih tabah dari sebelumnya. 

Lepas ni, kita dah susah nak jumpa. kita mesti rindu kan? 
Saya pasti rindu kalian semua. pasti sangat.

Fatin
Umi
Mieza
Nadiah 
Farhah
Bella
Syazana
Iman
Isma
Etie 
Qilah
Naam
Yatie
Tom
Syafi
Adeq
Mirah
Anis
Zura

i will miss u all!

Manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan, segalanya kini tak dapat untuk kubahasakan (Erra Fazira dlm Berteman Sepi)..
Saya, nurul ayuani sahabat kalian yang akan sentiasa sayang kalian sepenuh hati saya walau apa pun yang telah terjadi antara kita. Untuk yang terakhir kali, kita padamkan segala kenangan hitam dan gantikan dengan warna warni yang akan buat kita tersenyum untuk terus melalui hari-hari mendatang..
Walau terpisah jauh, kalian tetap sahabat saya sampai hujung nyawa. InsyaAllah~
T_T

Sunday, November 4, 2012

Alahai .. Alahai ..


Alahai. serba salah aku. Kalau xlayan dikatakan sombong. layan pulak dikatakan gatal. macam-macam betul. susah la jadi orang HOT ni. Haha. Opss.. Over lak. Eh, jap jap, nak gelak kuat-kuat jap. geli hati pulak bila ingat balik kejadian malam ni. Hahahahaha...

Oke2. meh nak citer. ada la sorang mamat ni. kawan lama la. pe hal tetiba mintak no fon aku kat pesbuk. baru je aprove dy, aku approve pn sbb aku kenal dy. kalo xkenal wat apa nk apprve. katanya no aku hilang dari contact number dy. oklah, dengan xde rasa nak gatal or menggaru kat mana-mana aku terus bagi. xpelah, nombor je pn kan. bukan hati. Haha. kat kawan-kawan buat apa nak berkira sangat. tu gunanya ada fon. lagipun no tu untuk umum punye. mmg x kesah sangat. mana la taw dy nak contact aku sebab nak ajak aku makan nasi minyak dia k. Haa.. boley makan free lagi. Haha.
Nak dijadikan cerita, x lama lepas tu ada lah mesej masuk. reply je la. aku agak je msti mamat tu. oke. aku layan je la. tanya kbr cerita. semacam mesra pulak pakcik tu.pelik jugak. aku kan suci murni lagi xde apa-apa hasad prasangka kat orang. aku reply la macam biasa je la. Haha. Perasan lebih lak malam ni. 

Hmm.. rasanya xdela macam over sangat msj ngan dy, aku jawab yang mana ditanya je la. tetiba dy tanya aku single lagi ke idak. laaaa... apa hal lak mamat ni, xkan nk usha aku lagi kot, rasa macam dah ada makwe. eish, xboley blah betol soklan. Haha. oke, jujur aku cakap je la aku single but not available sebab dah ada orang cop aku kan. Eceh, yakin aku gtaw kan. sebab aku xnak la ada salah paham lak nanti. tetiba mamat tu bertukar jadi perempuan pulak. sudah. apa citer ni.. siap warning2 aku suruh jaga pakwe aku elok2 xpayah nak menggatal ngan laki dy. dah bukan dia ker yang msj aku dulu. apa kes? Hahaha. naik jugak la hangin aku bila ada perempuan macam ni. main terjah suka-suka hati kan. aduhai. betol-betol x matang. untung sangat la dapat perempuan macam tu kan. dia yang x reti jaga laki k apa. oh oh panas jugak aku. xde bahasa dah mesej. malas nak layan da. aku reply smiley aje la. orang macam ni kalo dilayan makin menjadi ada la.. 

Pastu aku citer la kat buah hati pengarang jantung yang sorang tu. Alhamdulillah, encik bakal suami faham aku. dia pn skali x puas hati ngan perempuan macam tu. tu yang aku sayang tu. Haha. yela. giler berfikiran xmatang kot. asal nk terjah orang suka-suka hati. pergi la terjah laki sendiri kan. main sedap-sedap dia aje. Haha. sengal! xde mood aku sekejap layan orang macam ni. 
sekarang dah ok dah. terus unfren balik dengan mamat tu. xpayah nak kawan sangat la kolo bini xkasi. buat malu jerk! Huh. Haha.. 

Hah. paus rasanya lepas meluah kat blog kesayangan ni. baru boley senyum. Hehe .. :)
Jom sambung buat kerja! Hehe :D

nah amik .. :P

Saturday, November 3, 2012

Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini.. (^_^)

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ................ (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)

Status saat ini .. 
Ya Allah, sungguh aku rindukan bakal imamku .. :(

-Gambar Selingan-
Semoga bakal pengantin sentiasa dirahmati,
hidup bahagia dan dikurniakan  kebaikan di dunia dan akhirat.
InsyaAllah. 

Friday, November 2, 2012

Tido xcukup sebab ARRRRR...


Mengantok. mata ni kalo dipejamkan sebentar mesti lenanya panjang. semalam berjaga sampai pagi. action reserch punye hal. belum settle lagi. esok moderation. Tadi kali yang keberapa jumpa Dr. kesayangan. Masih ada yang perlu diperbaiki tapi Alhamdulillah tak la berat sangat dah. Kena usaha sikit je lagi.
.............ZzZzZZzzz............
omG! da pukul 1.30 pagi. tertido suda rupanya. bangunbangun tdo terus bekerja sampai pagi. walaupun dah berpuluh kali duk beiki AR ni still ada je kesalahan kecil yang xperasan. ahh! bosan betul. SABAR aje la.
oleh sebab post tergendala semalam. sambung menghupdate kat maktab lak. class penyelarasan format AR start pukul 8.30 pagi. tinggal final step je lagi ni. sabar2. kena bagi format betol2. nanti dah jilid boley peluk cium AR tu puas2 pastu simpan lam almari ea.. haha..Ya Allah, xsabar nak cium AR yg dah dijilid ! Hehe .. :)
Isnin ni paper last subjek kualiti prasekolah. belom sempat nk study apa pun ag tapi rasa nk enjoy dah lebih. masyaAllah apa ni ayuani oi.. hehehe..
perasan x tinggal lebih kurang seminggu je lagi bersama kawankawan kat cni. lepas ni masingmasing bawa haluan sendiri. entah kat mana kita lepas ni ye. kita berserah dan berdoalah banyakbanyak. InsyaAllah yang tebaik buat kita semua.
Hujan dah reda. mata pun makin layu. rasa macam nk lelap barang seketika. dah la xsempat lagi nk jemur baju yang basuh satu baldi tadi. basuh sampai lenguh tangantangan xsedar dah hujan. jemur dlm rumah je la dlu. Eceh, nak gak gtaw kan..
..... Haruslaa.. Haha. >__<
semoga hari ini, esok dan seterusnya akan jadi hari yang indah dan sentiasa baik buat kita!