Followers

Pages

Tuesday, December 17, 2013

Holiday to Beijing

Cuti sekolah dihabiskan dengan berehat di rumah suami. Hari-hari fikir nak masak apa hari nie.. Nak masak apa hari nie.. x terasa cuti dah nak sampai ke penghujungnya.. yelah, berminggu2 demam je.. ni Alhamdulillah sekrg dah ok sket.. 2/12 - 6/12 lepas kami sempat melancong ke Beijing. balik dari sana tu yang demam teruk tu.. ingat dah ada isi dah.. demam mengada je upenye.. kih3..
pengalaman ke sana actually seronok tapi ikut trip yang tour guide Cina sorang tu bawak kteorang yang jadi x berapa seronok. trip ni mewajibkan kteorang ke 7 goverment shop yang antaranya kedai teh, mutiara, jed, ubatan and so on. hari last2 baru diaorang bwk kteorang p shopim pasaraya. mmg hangin la sume org. mne taknya, dah habis sume duit diaorg goda kat kedai2 goverment tu baru la bwk g shopim. lagi satu barang sana xde lah murah sangat seperti yang dikhabarkan, bukan main lagi cina-cina ni letak harga tinggi2. len kali kalo nk p sna jangan ikot pakej, p sendiri2 lagi best. hehe..
apapun, musim sejuk sana walopn xde salji tapi sangat2 sejuk. keadaan kering je, kena pakai baju tebal2. nice experience. hehe..





Thursday, November 21, 2013

i love u husband


Syoknya tengok orang pregnant, lagi seronok bila taw kawan2 terdekat yg pregnant. xpenah lagi rasa seronok diri sendiri pregnant.. Hihihi.. bila agaknya tiba masa tu yer? encik suami pn nak sangat baby, tapi belum rezeki kami lagi agaknya. :(
Kawan2 seangkatan makin ramai yang mendirikan rumah tangga, makin ramai yang mula membina keluarga. Alhamdulillah, perjalanan hidup yang direadai Allah ni lah yang sebaik-baiknya kan? yang belum lagi tu pasti akan tiba juga masanya. Cuti sekolah dah mula ni, mula lah menghitung kenduri kendara yang wajib p nieh. xlupa juga menghitung hari p honeymoon.. Hihihi.. i wish this is the best holiday as a wife. being his side every moment is the best thing that i can't describe..

i love you husband!
post special sbb encik suami mintak nk bca blog dah.. hehehe.. :P

Monday, November 18, 2013

Hari ini

Awat la demam batuk selsema den ni x ok2 lagi yer? malaih mkn ubat punye psl la ni. sedaq dri pn kn.. adehhh.. perangai yg xleh nk ubah2, suami keja kat klinik duk ngadap ubat hari2 tapi dapat bini susah mkn ubat.. kne berletiaq je tiap kali xmkn ubat.. siap huluq kasi depan2 macam princess baru mkn.. kikiki.. 
 Alhamdulillah, cuti sekolah dah pn bermula, yg x berapa nk senang hati lagi ni pasai kne email kn penilaian budak2 kat PPD hari ni jugak. kerja bertangguh sejak hr jumaat hari tu gara-gara lupa nak wat balik senarai nama budak2 den. punyelah syok nk cuti sampai lupa habis. So, jalan penyelesainya terpaksa mintak tolong PPM den email senarai nama hari ni kat den. sebabnya dia still bekerja hr ni. and i'm still waiting.. hope dy hantaq cepat2 la, den nak balik kijal pulak lepas zohor nanti nie.. kalut plak nnti kn..
Opss.. lupa nk habaq den skunk duk besut.. rumah mama papa tersayang. eceh, mama papa la sgt kn.. Hehe.. heaven bila duk rumah tempat lahirku ini.. apapn tetap rindu kat suami sebab dia xdpt nak balik sni sama2 dsebabkan ada kursus di KT for two days. can't wait to see him this evening.. :) 
Alhamdulillah, lepas rindu kat ma abah, lepas rindu kat adik2 sume.. In shaa Allah mggu depan balik lagi, waloupn suami oncol xdapat balik, dah dpt izin dia untuk balik sini.. Hehe..
Mak mertua juga x dilupakan, sempat bermalam 1 hr kat rumah nya masa sampai besut dengan suami jumaat lepas sebelum dy  kursus. org kata bukan senang nk wujudkan chemistry dgn mak mertua ni, dan sememagnya betul, aku sendri pn masih dan sentiasa cuba untuk jadi menantu yg baik. walaupn dari ni mmg banyak kekurangan, nak2 dari segi masak2 sume, ak cuba kuatkan hati masuk dapur tolong yang mana patot. buat aje yg termampu aje la.. hehe.. dan Alhamdulillah jugak mak mertua den seorang yang baik, sentiasa bagi tunjuk ajar bukan seperti cerita "ibu mertuaku" okey.. hehehe..
Oyeahh.. my ppm dah sent senarai nama.. oke lah, den nak sambung wat kerja.. chaw dlu.. Hehe.. salam.. ;)

Sunday, November 10, 2013

Hitung Hari

Salam malam isnin. muka dah monyok semacam bila nk tiba hari isnin. yelah, dah kena jauh ngan suami semula.. huhu. sebak dowh.. even dah dkat 4 bulan berulang alik, tapi tiap kali nak gerak balik Keratong sebak je rasa.. haish.. sabo aje la.. hee.. Alhamdulillah dah sampai kuaters pukul 7mlm td. gerak dari Kijal dr pukul 3.30 lagi tp sedikit lambat sampai sebab jem teruk gara-gara excident. dengar-dengar ada mangsa yang maut. Innalillah.. Al-Fatihah untuk arwah. semoga keluarga mangsa tabah menerima ketentuan Ilahi.. 
....
Ya Allah, susahnya nak amik mood ke sekolah.. padahal dah mggu last sekolah dah ni.. Argghhh... semangat Ayuani! please laa.. jangan jadi mcm budak2.. cewahh.. marah kat diri sendiri sket. hehe.. Apapun mggu ni agak sibuk nak settle itu ini. Esok meeting, rabu anugerah kecemerlangan pastu jamuan akhir tahun guru-guru and macam2 lagi nak kena urus ngan pra tuh.. sabar2.. hari anda pasti berlalu dengan pantas.. Hopefully.. 
....
Hmm.. malasnya nk menaip.. Nak beradu awal lah malam ni.. batuk sampai pedih tekak2.. huk3.. sadisnya bila orang tersayang jauh.. xleh nk ngadu a.k.a ngade2.. hehe..  okelah, sambung lain kali pulak lah.. adiosss...

salam peace dr org demam yg p detim semalam.. hehe.. :P


Tuesday, October 29, 2013

Dear Health, Please Keep Healthy

Hari nie ada program "Pasti Heboh" kat sekolah, memang betol-betol heboh sampai tak sempat nk bergambar. Hee.. main ngan bdk ramai2 ni, diri sendiri pn dah tak terurus. Er.. apa kaitan ngan gambo di atas? Huu.. Yue sempat buat pemeriksaan kesihatan kat booth pemeriksaan kesihatan percuma. agak terkejut bila bacaan gula dalam darah dalam lingkungan risiko. ciap tulis ngan pen merah lagi tuu.. HoHo. sejak bila ni yue disyakki bole dpt diabetes ni.. mmg lepas ni kena jaga makan betul-betul la.. diaorang suruh p check skali lagi kat klinik. iyekan aje, nnti nk hubby tolong check kan.. hee.. Emm.. mintak2 xde apa2, risau jugak.. sebab sebelum ni mana penah jaga makan. bedal semua. aduhai.. 
Badan pn dah mudah letih sekarang, hmm.. asyik nak demam je, naseb baik hubby dah bekalkan obat siap2.. kalo tggu kesedaran diri sendiri mmg teruk dulu la.. Huu.. Cuti sekolah cepatlah datang! saya nak cuti.. Huk3.. :(

p/s: Jaga makan, Jaga minum, Jaga kesihatan! ;)

Monday, October 28, 2013

Lawatan Pra Ke Malacca

Masih di sini menghitung hari menunggu cuti panjang.. lebih kurang 3 mggu je lagi.. oyeah! betul-betul xsabar ni.. dalam pada masa yang sama sibuk sangat hujung2 tahun ni, dengan program itu ini kat sekolah. apapun experience sume tu. actually masih kekok dalam erti kata lain, belum biasa dengan semua ni. banyak yang perlu belajar. dan untuk orang mcm yue yang agak lambat sikit nak belajar ni mmg kena betul2 belajar. Yes! betul-betul ok. Hehe.. kadang-kadang kena tebal muka, kena lebih banyak tanya, kena lebih mesra. Hmm.. banyak yang kena lebih. maaf untuk mana yang kurang. saya masih belajar, mintak tunjuk ajar.. Adeh.. hehe..
Sebenarnya bila memikirkan sesi persekolahan baru untuk tahun 2014, yue rasa semangat berkobar-kobar nk hias kelas pra. Yelah, bila dah own kelas sendiri ni tanggungjawab kita la nak handle sume. nak bagi semangat p sekolah hari-hari, kelas kena la cantik dan kemas. kan? kalau diri sendiri pn rasa malas nk ke sekolah, apa lagi budak2.. hehe.. In shaa Allah nnti akan update pasal kelas pra yue. nak kena start proses mencantikkan kelas baru la boleh update.
Hari ni nak share gambar time p lawatan prasekolah ke Melaka minggu lepas. hari tu hari keputraan sultan Pahang, pra kami sempat buat lawatan bermula dr 7.30 pagi smpai la pulang semula 9.30 mlm. Alhamdulillah best sangat. Nak2 encik suami ikut sekali. Dia tolong sama jaga budak2. hehe.. Bermula dengan melawat Zoo, naik boat kat River Cruise then ke Taming Sari. Satu hari berjalan. walaupn penat but it worth. ;)

she is my mentor! :)
He is my hero! :P


Tuesday, October 22, 2013

The Rutin

Assalamualaikum and hi :)

 Bukan main malam ni yue melawat habis blog-blog orang. Xder kerja lah kunonnyee.. Bosan tahap apa dah rasanya nie.. haissshh.. Rutin hari-hari dalam minggu persekolahan. 7.15 bergegas ke sekolah (mls nk p awal2.. hehe) then 4 jam deret bermula 8 pagi mengadap budak-budak comel + nakal + ngade + bising + memberontak + jerit + nangis + gaduh2 and  more plus lagi lahh... penatnya mcm kerja 24 jam tanpa henti.. x percaya boley cuba masuk kelas prasekolah 5/6 tahun ni.. Nasib baik la u oll dapat cikgu Yuni yang penyabar ni taw.. boleh lagi nak ngade-ngade kan.. Kalo x, xde makna nk layan.. Hihihi :P
Habis kelas around 12 p.m baru boleh duduk rehat. tarik nafas. hembus nafas. tgk hp. Masa ni lah nak tanda kertas. Kalo rajin siapkan terus RPH, kalo x, kumpul sminggu baru buat.. hishh.. x bagus.. x bagus.. Hehe..
Around 1.30 p.m baru la cikgu slow2 keluar pintu pagar sekolah. kte dh pandai parking belakang, dekat ngan pra, balik pn sharp la.. Hehe..
Kalo xde aktiviti ptg2 mmg membuta kat rumah. kadang-kadang housemate ajak joging. Dah gaya orang bujang den ni haa.. Hehe.. Tapi utk minggu ni & minggu depan full waktu ptg kne habiskan jam utk bengkel BI berofe bulan 11 nie. Nasebla dah x dapat tido ptg.. Hehe..
Malam pulak kalo yue n housemate malas nk mkn, kteorang rajin jugak keluar makan kat kedai. kteorang kan bujang.. Kikiki.. KTEORANG lah sgt kan.. Emm.. tapi housemate yue la paling rajin masak sebnarnya, sedap pulak tuuuuu.. kalo lps nie yue dh naik badan jgn tnya la knp.. Kikiki.. 
Then, aktiviti di bilik masing-masing, jarang sangat kteorang tgk tb, lain la ada astro kan.. kteorang layan drama pkul 7 kt tb3 tu jer sama2 kalo tgk tb pn.. tu pn jap je.. Hee..
Kalau dah mengadap laptop ni, berjam-jam pn xperasan. nk balas msj encik suami pn deley aje.. Oppsss.. hehe.. Ini lah rutin hidup isteri yang jauh dengan suami. Lepas ni gayut dlu before tido.. Ahaks..
Semoga perjalanan hidup kami dipermudahkan, moga satu hari nanti dan pasti akan tiba masanya untuk kami sama-sama membina keluarga kecil kami di tempat yang telah Allah s.w.t rencanakan.

*menunggu dengan penuh sabar.. In Shaa Allah.. :)

Monday, October 7, 2013

1 Oktober Preschool Event

Haip. rasa kekok pulak nk update blog lately. yelah, dah lama betol tinggalkan zaman menaip kat blog. tp mood tu datang balik. nak nak bila duk sorang2. layan lagu takde nk buat apa. keja sume dah siap awal. cewah, baguskan. Hehe.. daripada duk layan perasaan rindu kat encik suami sebab xdapat balik hari ni den layan citer-citer kat tonton. tapi bila dah ngadap lama-lama bosan jugak. Haish. macam2 kan. :P

Perasaan orang dah kawin bila berjauhan ni mmg susah nk describe. bagi aku, weekend lah hari2 yg sgt bermakna utk bersama yg tersyg, and bila ada program apa kat skola yg melibatkan hari bermakna aku ni.. arghhh.. rasa macam nk bom satu dunia. tapi apakan daya, aku hanya insan biasa, cewaahh.. and tanggungjawab kat kerja tu masih perlu ditunaikan. huk3..

Oklah nak citer pasal event last week kat skolah. Aku dan duniaku di prasekolah. Hehe. makin lama makin serasi dengan mereka, makin lama dah boleh garang2 ngan mereka. Ni part paling susah aku nak pupuk. yelah, terbiasa baik sgt dengan mereka ni x boleh jugak, mmg naik lemak la.. so, sikap garang tu kena ada kat seorang cikgu. tapi pandai2 gunakan la.

1 oktober lepas, program gerak tari 1 Malaysia dah settle diadakan. masuk Malaysia'n book of Record sebab dijalankan di semua Prasekolah Malaysia secara serentak. Fuhh, penat cikgu2 menari kalah murid taw. Mmg biasanya cikgu2 yang excited lebih.. Itu mmg wajib la kan. Hehe. antara gambar yg sempat snap time event tu scroll bawah. nak masuk gambar banyak2 asyik fail je, so till thenm ni je la dlu.. ;)

8 buah skola terlibat dlm event ni dlm daerah kami.



semangt mentor den.. hee

Sunday, September 29, 2013

Happy Birthday Puan Ayuani !


Ehem2.. Hari ni dah 29hb.. sape yang tak wish birthday saya sila terasa.. Tak nak kawan.. 
Hihihi.. Acah jer..
Alhamdulillah, Semalam ulang tahun kelahiran saya yang ke-24. Kalau dulu, kawan-kawan buat surprise sampai nak nangis rasa terharu and gembiranya dan sekarang masing-masing dah ada kerjaya sendiri, masing-masing dah duk jauh tapi Alhamdulillah mereka masih ada mendoakan saya dari jauh.. rindunya kat mereka semua.. dalam pada masa yang sama, Allah kurniakan kat saya insan yang paling istimewa pada usia saya yang agak muda ni.. Encik suami.. Alhamdulillah, dia xpernah bosan untuk buat saya ketawa dan gembira. Alhamdulillah, saya bahagia ada dia.. Alhamdulillah, semalam dapat hadiah dari dia.. Kikiki... Alahai, tetiba rindu la pulak bila ingat kat en.suami ni.. Al-maklumlah, pasangan PJJ mmg mcm ni, status wife time hujung minggu je.. weekdays jadi single la.. Huu..


miss u hubby!

Hai !

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum?...

Serius dah lama tak menaip kat sini. Lama dah menyepi. Banyak dah perubahan yang berlaku yang tak sempat nak cerita kat sini. So far so good la.. Dah jadi isteri orang dan dah bekerjaya dan baru je merasa gaji pertama selepas 3bulan bekerja.. Hehe.. Alhamdulillah.. :)
In shaa Allah pasni lagi kerap la nk berblogging. nak taw kenapa.. sebab ini ni haaa...
Hehe.. jangan mara haaaa...
Dah dekat 2 bulan jugak la simpan niat nk pakai benda ni.. Tahan punye tahan nk tggu gaji sendiri masuk.. bukan apa, susah nak buat keja kalo xde internet ni. nak cari bahan utk budak2, nk surf maklumat, nak upadate blog lagi.. hihihi.. internt fon stakat bole bersosial je watpe kan. So, inilah dia portalwifi.. Makin berleluasa la den online pasni.. hihihi..
Actually dah seminggu tinggal budak2 kat sekolah tu. Start 24-26 ada kursus kat Regency International Hotel, KL dengan semua cikgu baru prasekolah Pahang. Besttt.. Pengalaman pertama kursus jauh-jauh.. Hee.. Alamak, cikgu blur lagi nak masuk ngajar esok.. punyelah malas cikgunya ni.. Hehe.. Harap budak2 tak buat hal esok, tolongla baik-baik je yer.. 

Selamat malam... ;)
sebelum tu, kasi gambar terbaru pengantin bulan 6 hr tu. Kikiki.. 
Salam..


Friday, May 3, 2013

Surprise

got surprise semalam! Hoyeeah, dapat jam baru... ngeee..! <3 p="">

Wednesday, April 24, 2013

Tuesday, April 23, 2013

The Almost a Bride

Sedar xsedar xlama lagi dah nk jadi wife orang. Eish.. Still macam x pecaya nie.. nak kawen dah.. title bride to be dalam masa beberapa bulan lagi.. Err.. belom announce secara terbuka lagi ni taw.. Kitew pn macam x perrrrrcayeee lagi nk kawen.. Hee.. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! serius x bajet secepat ni tarikh yang ditentukan tapi Alhamdulillah, akhirnya terukir juga senyuman disebalik segala kesukaran yang dialami sebelum tarikh ni ditetapkan. :)

Setiap hari duk pikir apa nak buat, apa nak buat and apa lagi yg perlu buat.
Kad kawen dah ciap, just tggu green light nak bagi2 orang je.
Pakej pelamin sume dah set ngan Citra Pengantin.. Deposit dah bayor. Kaler sume dah decide, tapi baju xtaw lg camne sbb x ciap lagi.. yang pasti Kak Na (Mak Andam saya) buat design puplum utk sy.. Agak2 ok x? Hehe.. sabar aje la mnunggu.. Hee
Then, photographer pn dah decide. Dapat kenal ngan Angah Photographer ni pn dari Kak Na. Al-maklumlah buat keja sama kn. ingat nak belajor2 la bab photography ngan angah ni hari tu, tu yang kenal dy.. Spotim orangnya.. Angah akan cover dari majlis akad nikah, sanding and outdoor.. :)

Skunk hari2 bergotong royong kat luar rumah.. Fuh.. penat btol nk kawen kan? penat badan plus penat otak lagi.. Huhu.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.. 

Friday, February 22, 2013

Peplum

Musim peplum kan. Hehe.. post xde motif la nieee.. Hehe.. addict sgt kn tengok org pakai bju peplum macam cantek je. nk try la jugak. Hee.. baru lps tempah buat baju kurung peplum. xciap2 lagi neh. x sabou nk pakai da.. Baju t-shirt peplum bunga-bunga ni beli kat kuantan, time berfoya-foya ngan adik aku sorang tu.. keh3.. satu lagi aku ada bju peplum jenis yg kosong aje warna coklat. Haa.. pasni pakat kumpul peplum banyak2..  Hehe.. :P

abaikan persekitaran yg x brp memuaskan pemandangan tuh.. keh3

Haa.. yg ni peplum colat, x nmpak sgt bajunyee.. ni je gambo yg hade.. Hee


Friday, February 15, 2013

Puan Nadya Wedding

Mish Nuryu sibuk betul amik gambar 2 3 hari ni.. hari ni baru boley rehat cket.. Alhamdulillah, rezeki cari pengalaman orang kata. nak cari untung tu blom lagi r.. kena timba pengalaman dulu btol2.. Hehe..  Dalam kesibukan yang melampau (ayat xley blah btol.. Hehe), Alhamdulillah sempat p kat majlis bestie sorang ni. Puan Nadya bersama bestie jugak Cik Sayidah. Dah lama betol xjumpa mcm ni. Rinduuuu sangat! teringat zaman kecik2 dlu.. Huu.. Tahniah Puan Nadya. selamat menempuh hidup berumah tangga. Semoga bahagia sampai hujung nyawa! 






opss.. berangan posing atas pelamin x sudah.. hehe

Tuesday, January 29, 2013

Pure Marine Collagen

Sape yang xtaw lagi pasal Pure Marine Collagen? Meh sini nak citer. So far saya dah try collagen asli ni and it's really good. Sangat berkesan dalam macam2 hal. Kalo perubahan diri yang saya boley citer ialah kulit xkusam macam dulu kot.. Hee.. Entahlah, diri sendiri xdapat nak perasan perubahannya tp my mom cakap dah nampah cerah cikit. Eceh, cerah la sangat.. Tapi perubahan dari segi berat bahan pun memang memuaskan.. Dengan tinggi yang x berapa nak tinggi ni berat badan dari 46 dah turun 43kg.. x diet pn oke.. tapi sakarang ni maintain dgn berat tu je.. nasik tetap makan macam biasa.. Hehe..
Pure Marine Collagen ni asli dari Sabah. Nilai-nilai nutrisi kolagen dia 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu yang orang duk jual satu mangkuk kecil RM 300 tuu..
Khasiat PMC ni sama dengan sarang burung layang-layang yang harganya memang sangat mahal. 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2. 

Khasiat PMC:
- Melaraskan berat badan & menstabilkan hormon 
- Memulihara sel-sel kulit mati (kesan jerawat/kemalangan) 
- Mencantikkan kulit (lebih cerah, gebu & anjal) 
- Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti-penuaan)
 - Kulit wajah lebih berseri-seri, anjal dan lembab 
- Mengecilkan pori-pori pada wajah 
- Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak 
- Menghilangkankedut pada wajah terutama garis halus di kawasan mata 
- Anti-bakteria 
- Membuang toksin dalam badan 
- Membantu meningkatkan metabolisme & melancarkan peredaran darah 
- Memperbaiki masalah kulit, kuku dan rambut 
- Mengurangkan sakit pinggang dan sendi terutamanya lutut dan siku 
- Push up payudara & punggung bagi wanita 
- Merawat tumit merekah 
- Menambahkan tenaga.
- Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik
- Menyerap lebih garam dalam tubuh (lumpuh)
- Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit, menyembuh luka
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Menurunkan tahap kolesterol dalam badan
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
- Memberikan rasa kekenyangan (diet)

Haa.. Banyak kan khasiat dia? penat den nak taip .. Tapi seriously dengan khasiat PMC ni it worth dengan harga yang sangat murah untuk u all cuba. Pasti in love ngan PMC ni..
Next step jom u'sha PMC ni dengan lebih dekat.
rupa PMC ni mula2 dapat

terbukti!!
Cara Penggunaan:
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali, toskan.
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng.
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais.

Masker:
Oke. Nak buat masker pn boleh dengan tapisan yang kita dapat tadi. Jangan buang, simpan n boley pakai tiap2 malam as masker. Kulit jadi tegang n lebih cerah kalau kita amalkan dengan baik. sejukkkkk je letak kat muka sebab kita simpan dalam peti kan. In Shaa Allah jerawat pn cepat surut.

So, any question? macamne nk dapat PMC ni? Order with me now! Nak taw Harga?? Scroll down lagi. Serius murah. Promosi lagi taw!.. naik flight menda ni nk sampai semenanjung.. Hehe.. 

100gram - Rm20
buy 300gram - Rm 50!!!
free postage!! 

LOVE! LOVE! LOVE! Gracias! ;)

Monday, January 28, 2013

Penganggur Terhormat

Being so good here. So good la sangat kan, jadi pengangur terhormat all the time. Sampai bila la baru nak keja ni dik oi. Xdek rezeki lagi la nak posting awai2.. rumous macam2, xdek yang betol pn. kadang-kadang wat penyedap hati je.. kadang-kadang mengeluh den baca macam2 citer kat group tu haa.. Huu.. Xpew lah, Allah s.w.t sebaik-baik perancang kn, kita kena reada dan teruskan kehidupan dengan penuh tabah n sabar. sentiasa cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Cewahh.. 
Pengalaman jadi cikgu tuisyen jap kat Dungun awal bulan hari tu mmg mencabar. Naseb la budak2 jadi penyejuk hati kan. I love them but not their teacher. Opss.. Haha..
Harap dapat mengajar cepat2.. rindu betol nk melayan budak2.. ihik3.. ngade kan? :P


Saturday, January 5, 2013

First Niece


ALHAMDULILLAH...
Syukur sangat-sangat semuanya dah selamat. Kak ipar and abang Asyran dah jadi parents kepada baby Aisya Humaira. Genap umur my mom 50 tahun tanggal 2 Januari 2013 lahirlah baby Aisyah yang comel lote tu.. Happy sangat2, semoga kehadiran baby ni menambah seri dalam hidup mereka berdua dan orang sekeliling. Xsabar nak main-main ngan baby Aisyah. Cepat2 membesar yeee Aisyah and semoga kak ipar saya, Dr. Amirah cepat2 sehat ! :)