Followers

Pages

Friday, February 28, 2014

Feberet

Hai semua. Nama saya Husna. Ni ciguu sy yg comel lote. Tapi ciguu sy nie dah kawen, xleh tackle2 dah yer.. Kikiki.. Eh, eh silap.. bukan nak citer pasal ciguu ni yer. citer pasal budak comel yang mcm junior emma maembong ni haa.. giler cute budak ni. Hari-hari pegang baju ciguu, sampai ciguu nk p toilet pn nak ikot. bila cikgu duduk bawah, comel je dtg dari belakang peluk ciguu.. hihihi.. kalau budak lain  kompem ciguu xleh terima, tp Una ni wat ciguu rasa bahagianyeee.. oppss.. over pulak.. She's 5 years old.. sangat2 manja and kecik aje, sampaikan budak2 lain panggil dy adik.. Hee.. Una xpndai tulis n kenal abc lagi tp In Shaa ALLAH nnti Una pandai yeee.. this is teacher promise! :)

my dear lovely Atisya Husna
maap lah, ciguu yg over posing.. hihihi


Wednesday, February 12, 2014

Rindu Tembak Orang

Seriously nuryu rindu nak tembak-tembak orang. Eh, lain macam sebut "tembak" kan. Hehe.. rindu nak shoot orang. Lama dah x dapat job photoshoot. Sejak-sejak dah posting plus kahwin nieeee i am totally no time for that.. Bilamana benda tu minat yang datang dalam diri, mmg betul-betul rasa something wrong when i get through my life without do it. Dulu amik gambar orang kawen, tunang pn bukan sebab nak cari duit sangat, tapi sebab minat, seriously minat. Secondly, i have nothing to do while waiting my posting, menganggur kot, tension tahap gaban sebab xde duit langsug dalam poket. Asyik mintak duit PAMA je, malu betul lah muka kan. Heheww.. walaupun nuryu x pandai sangat amik gambar tapi alhamdulillah, x penah buat sambil lewa hasil kerja. sepenuh daya usaha buat. risau kot kot hasilnya tak memuaskan. Bila ingat semula, penatnya mmg xleh nak cakap, bersengkang mata siang malam. bukan sebab x cukup masa tapi bila dah ngadap gambar-gambar tu mcm dah tak boleh pandang benda lain. segar sampai 2 3 pagi. Hehe..
Rasa macam nak ucap juta-juta terima kasih kat member2 and kenalan yang sudi upah i jd photographer diaorang. Untuk hari bahagia diaorg pulak tu. Eishhh.. Tu semua mmg pengalaman yang tak ternilai buat nuryu. Ngeee..
Tahun ni target nak upgrade my lovely baby tuh. syok sket nak tembak-tembak kan. tapi kena kumpul duit dlu. perlahan-lahan org kata. Hehe.. Sesekali mata ni rasa segar tgk gambar2 lama yang pernah shoot dulu. :)
Senyum-senyum, In Shaa Allah ada masanya waktu itu akan tiba kembali.. Haha..
One of my friend. Test power shoot outdoot time dy punye bertandang. Ni je la hadiah kawen utk diaorg yg mampu. Hehe..
Wedding kak Sue + Fakhri a.k.a my husben punye bestie. Skrg akak cantik ni tggu masa nk bersalin je. Xsabar nak tengok baby kak sue nnti.. :)

And ini cik cantik manis Farah. comel lote masa tunang dy tuu.. Hehe
juga sekali dengan majlis Khatam Al-Quran. Alhamdulillah.. :)

Ni pulak. my dear friend puan Syafi. masa ni pn dah dekat sgt ngan wedding i tp demi mu sahabat kugagahi jua ke Kuala Krai.. Hehe..
Eh.eh. ni i candid je masa wedding dear friend puan Anis. nyibuk sikit. Alhamdulillah skrg Anis dah ada baby boy yang comel sgt2.. semoga Mushlih membesar jd good boy yang berjaya dan tinggi akhlaknya.. In Shaa Allah.. :)
Ni cik Ros, xjauh pn umah kteorang. View nie cantik sgt, kat sawah padi niee.. mmg romantik habis tengah bendang. Hehe..
Yang ni job yang dapat dari mak andam i. Hehe.. simple wedding but nice. :)
Fuhhh... letih jugak citer pasal nie.. Sampai k maghrib dah ni.. Hehe.. Huwaaa.. den rindu! serious! Tutup citer. Layan Ariana Rose jom.. Daaa.. Heee.. 
Lot's of Love..
< Salam >

Tuesday, February 11, 2014

Play Dough

Minggu ni cigu nak fokus kat perkembangan motor halus korang je yer budak2. Cigu bagi korang main 'dough; je minggu nie. Haa.. 'dough' or dalam bhs kita 'doh' yang nie special taw, special mcamne? special sbb doh ni hasil tangan cigu sendiri yang uli. buat dengan penuh kasih sayang oke.. *tangan di bahu mata ke atas.. kikiki :P
Ni la rupa doh yang dah siap. mintak2 tahan la lama sikit.. Search cara buat 'doh' ni kat internet ciap.. Bukan x pernah buat tp dah lupa sudah lebih kurang bahannya.. Hee.. Sejuk hati cigu masa tgk hari first korang main doh ni. bukan main excited lagi. Yelah, lenguh kot tangan cigu duk nguli benda ni.. :P
 Gambar hari first main doh;
Nampak x muka excited diaorang, hari ni pn x brenti asyik mintak nak main. buat la bentuk apa nakk, janji korang main benda tu sampai lebam.. Ekeke.. dah siap main, simpan dalam plastik kedap2 pastu letak dalam peti. esoknya kuarkan awal2 kasi dy lembik semula then bole main lagi.. Haa.. kita tengok dy tahan sampai bila.. Hihihi..
Main doh buatan sendiri ni xla bahaya macam main plastisin or doh yang buatan psaran tu sebab kita x letak bahan kimia dlm ni just guna tepung, minyak msk, garam dan pewarna. walaupn kita punya ni x tahan lama yang paling penting ia selamat untuk kanak-kanak. 
right? :)

Sunday, February 9, 2014

Still Here :P

Hasil tangkapan petang tadi. Haa.. dah bocor rahsia x balik Keratong lagi nuryu nieh.. Hehe.. Lama x shoot shoot, sesekali ajak hubby teman buat hobby lama ni syok jugak. Actually, jalan-jalan kat pantai Kijal ni aktiviti wajib kteorang tiap kali habiskan waktu weekend kat cni. tenang, aman je rasanya.. betul-betul release tension. so, ni antara hasil tangkapan kami petang tadi. Hehe


Oh noo.. It's Monday Again..

Petang-petang ahad macam ni mula lah emosi x berapa nak stabil. mula berkira-kira, nak balik ptg ni or awal pagi esok. ptg ni k? pagi esok?.. Susah hati aje bila nak balik sana. belum tinggal encik suami dah rindu.. hihihi..
Weekend je la masa nk spend dengan dear husben ni. Cepat je berlalu hari jumaat, sabtu then ahad.. Eish.. esok dah isnin dah.. Huwaaaa... tamo. tamo. tamo..
  Mood hari isnin macam nieee laaa...
|
|
\|/

Thursday, February 6, 2014

My New Look

Ehem2, ni bukan nuryu tukar imej or apa, tapi blog nuryu ni yang tukar imej oke. Hehe. Bersengkang mata petang tadi ngadap lappy. bukan duk wat keja tapi duk ngedit2 blog.. last skali, ni la rupa terbaru blog nuryu.. Biasalah, orang dah kawin kan, letak header ngada2 sket.. Haha.. Dah xde lah mish mish nie, nnti org kata mengada pulak, dah kawin pakai nama mish lagi walaupun ejaannya bukan "miss" yang betol.. Hehe.. warna pilihan still pink kaler, dalam xsuka pink pn sebenarnya banyak benda nuryu kaler pink. aiseh, x suka la sgt.. alah, biasalah pompuan kan.. Hihihi.. So, here's my blog "Nuryu Sweetstories".. Ceh, sweet stories la sgt kn.. xpelah, suka-suka je pn.. Hik3..
Alhamdulillah, dah genap lapan bulan usia perkahwinan kami. Sejak jadi isteri and wanita bekerjaya ni rasa macam masa pn x cukup. kalau balik kampung hari weekend penatnya sanpai x boleh nak cakap. Tapi kewajipan kami untuk balik jugak tak kira penat mana sakali pn, at least dua minggu skali mesti balik besut. satu hari rumah encik suami, satu hari rumahku.. macam tu la.. Dapat tengok muka ma abah and mak mertua senyum dah cukup untuk kami. 
 Alhamdulillah juga, dah lebih tujuh bulan bekerja as a preschool teacher kat sk keratong satu. Jauh mencari rezeki daripada encik suami, susah woo.. apa yang susah; hati laaaa.. Huk3..
Dalam sujud, dalam doa yakin dengan setiap ketentuan-Nya, In Shaa Allah kami kuat.. sekuat biskut tiger.. erkkk? :P
Ok daa! cikgu nak prepare nk ngajar plak esok.. Hihi :P