
Apa yang kita perlukan untuk menjaga kulit kita supaya sentiasa sihat?... :D
Sebenarnya, paling penting sekali ialah cara pemakanan kita, iaitu pemakanan yang seimbang. Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijiran, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.
�Alamak! Jerawat!!�
Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.
Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.
CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL
Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:
- Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
- Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
- Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
- Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.