Followers

Pages

Monday, October 19, 2015

MATERIAL PREMIUM BEAUTIFUL DAN CARA PEMAKAIAN

Pakaian Dalam Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.  

Set PREMIUM BEAUTIFUL ini mengfokuskan 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan atau pembentukan badan. 

Set PREMIUM BEAUTIFUL bukan pakaian dalam yang biasa. Ia memberi kesan serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman. Diperbuat daripada fabrik AKWATEK dan AKWADYNE yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya.


CARA PEMAKAIAN YANG BETUL

Long Bra
  • 1-Sarungkan bra ke badan & kemaskan (masukkan) payu dara ke dalam cawan bra.
  • 2-Pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
  • 3-Bongkukkan badan. Tarik semua lebihan lemak dibawah ketiak & dibawah lengan dan bawa ke hadapan, masukkan ke dalam cawan bra.
  • 4-Laraskan tali bra & kemaskan bra 'cup' supaya dapat kedudukan yang selesa.
  •  5-Betulkan kedudukan bra di tahap keselesaan anda.
Waist Nipper (Bengkung)
  • 1-Kedudukan bengkung, pastikan 'batu permata' berada betul-betul ditengah badan. Pasang kesemua cangkuk (position cangkuk memang di tepi badan)
  • 2-Betulkan kedudukannya
  • 3-Pegang tali
  • 4-Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.5-Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.
  • Untuk kesan yang lebih elok, anda digalakkan memakai selama 8 jam. Anda akan mendapat kesan yang menakjubkan. Percayalah....saya dah rasa, anda bila lagi.

 Long Girdle
  • 1-Lipatkan bahagian pinggang dan kaki girdle.
    2-Sarungkan ke badan seperti memakai 'seluar dalam'.
    3-Masukkan tangan di bahagian punggung, paha depan & belakang dan tarik lebihan lemak ke atas.
    4-Perbetulkan kedudukannya agar selesa.

    Tips :
  • Anda perlu berjalan beberapa langkah bagi memastikan kedudukan GIRDLE betul dan selesa. Jika anda terasa pedih & perit, bermakna Girdle bukan berada di kedudkan yang betul, jadi anda perlu tarik tetulang
    di bawah punggung bagi memastikan anda selesa dan nampak kemas sepanjang hari.

UNTUK PERTANYAAN / TEMPAHAN
HUBUNGI :

013-6210308
(SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)

PENGENALAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Jom Yuni nak perkenalkan dengan korset superbrands PREMIUM BEAUTIFUL..
 Korset Premium Beautiful adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan. Korset jenama nombor satu ini telah diiktiraf sebagai produk Superbrands yang diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya sepanjang hayat.

Berpandukan teknologi terulung dari tiga buah negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman korset Premium Beautiful ini telah dicipta untuk mempertingkatkan kesihatan disamping memberi pembentukan badan yang cantik.

Rahsianya terdapat pada bebenang korset Premium Beautiful yang disuntik dengan bahan yang menghasilkan gelombang Far Infrared (FIR) yang memberi kesan kebaikan kepada pemakai. Premium beautiful adalah satu-satunya korset pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR sejak 18 tahun dahulu sehingga kini.

Sudah ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi.

Korset Premium Beautiful ini didatangkan dengan set yang terdiri daripada Long Bra (coli), Long Girdle (seluar) dan Waist Nipper (bengkung). Setiap satu bahagian direka untuk memberi kesan kebaikan yang tersendiri tanpa mengurangkan faktor gaya yang cantik dan keselesaan.



KEISTIMEWAAN LONG BRA (HADAPAN)

A- Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payu dara.

B- Lace 'Cup' mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar. Untuk ibu yang menyusukan bayi, hanya tarik kebawah untuk mengeluarkan isi payudara. Tindakbalas ini mengelak dari payudara jatuh. FIR juga terdapat disini, air susu tidak akan menitis-nitis/berhenti ia akan mengoptimumkan perkilangan air susu tidak berlebih tidak juga berkurang.

C- 2 batang keluli bermemori (kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan . Badan akan terbentuk menjadi kon shape disini- anda akan kelihatan mantap disini.

D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur payu dara. FIR paling banyak disini untuk pembakaran lemak yang maximum keatas perut yang buncit disini.


KEISTIMEWAAN LONG BRA (BELAKANG)

A- Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh (kebanyakkan jenama lain akan gagal disini). Tali ini tidak menganjal bertahun-tahun lamanya. Tidak berbekas seperti anda memakai Bra biasa. Keselesaan sepanjang hari. Tali bra yang boleh diketatkan atau dilonggarkan ikut keselesaan masing-masing.

B- Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menyerlahkan pandangan kurus (lemak akan menjadi tipis disini) dari belakang badan anda, ia juga mempercepatkan pembentukan (shaping) di belakang badan, dan juga menambah kontur bahagian belakang. Lemak yang tebal, ajaibnya akan hilang sebaik sahaja anda memakai scara peraturan disini.

C- Rekaan 3 laras cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. Bila anda berubah ke cangkuk terakhir-TAHNIAH memang banyak perubahan sudah berlaku keatas anda!

D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah berbadan besar. Lemak-lemak disini akan mencair dan dibakar tanpa sedar. Jika anda gemuk, anda akan kelihatan ada 'cutting' disini- 5minit 'instant result'.


KEISTIMEWAAN BENGKUNG (HADAPAN)


A- Batang keluli memori(Ada 7 tulang kesemuanya) dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP juga dari badan!

B- Cangkuk 3 laras disisi untuk keselesaan badan dan mempercepatkan pembakaran lemak degil disini. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.


C-Perut menjadi kemas dan rata disini. Amat sesuai juga untuk kaum adam yang 'boroi'. Alamailah sendiri keberkesanannya.


KEISTIMEWAAN BENGKUNG (BELAKANG)


A-Tali ini kegunaannya untuk mengemas dan merampingkan pinggang.automatik menjadi ramping Cara menggunakannya, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut. Badan yang gemuk dan 'flabby' akan . Sesiapa yang tiada pinggang ALAMILAH SENDIRI! Sehingga kini ini belum ada rekod aduan mengatakan tali ini pernah putus. Made in Japan- bukan seperti tali biasa, sangat kukuh buatannya.

KEISTIMEWAAN GIRDLE (BELAKANG)
A-'Love Shape' nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul (uplift).

B-Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.

C-Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.




UNTUK PERTANYAAN / TEMPAHAN
SMS, WHATSAPP, TELEGRAM:

013-6210308
Ayuani

Friday, October 16, 2015

Premium Beautiful

Premium Beautiful Korset bukan korset biasa???
Haa.. Meh nak payung satu gambar korset premium beautiful.
produk superbrand yang sgt2 osem dalam syarikat kami. (mcm syarikat sendiri lah pulak.. hehe)
Esok kita citer panjang lebar sikit nohhh..
Nite. mimpi premium beautiful malam ni ye. eh? hehe


Saturday, September 19, 2015

PIN FAMILY

Agak lama x menjejakkan jari jemari pada keyboard untuk menaip sesuatu dalam blog nie. mungkin disebabkan waktu, keadaan, situasi and status yang dah berubah. that's not an excuse but the truth one. i am quite busy. as a housewife, as a teacher and now as a businesswomen. oh Allah, yes! skrg mula menjinakkan diri dalam dunia bisness. mahu cari rezeki lebih buat anak and family. mahu keluar dari zon selesa yang x berapa nak selesa. mahu cari identiti baru. mahu buat minat dan sesuatu yang tidak membosankan. sesuatu yg membosankan? such as tanda buku dbudak! buat RPH!.. Jujur mmg bbosan tp itu tanggungjawab. wajib diteruskan. hihi

Alhamdulillah baru 2 bulan dalam bisnes ni i dah nampak jalan and matlamatnya.. buat bisnes tanpa langsung ada rasa stress sbb duduk dalam satu family. I'ts a PIN family. always dpt tunjuk ajar dari leader2 and senior bisnes. Dapat pengalaman baru and sgt2 hebat.
wish me al the best!

Serius dah rasa macam org berjaya walaupn belom berjaya macam akak2 leader. mgkin sbb i see the why! sgt hebat. sangat best.
why not kita buat minat kita kan. disamping cari rezeki yang halal and support family.
niat lillahi'taala tu yang penting!!

I am Bussiness Consultant
PIN Wellness Consultant


Monday, January 5, 2015

Mine

Allahu.. Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t atas segala nikmat kesihatan kebahagiaan sehingga ke hari ini. Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Salam Maulidur Rasul dan salam tahun baru 2015. Dah macam intro bg ucapan kat assembly dah niee.. Hehe..

See, setahun dah umur budak dalam gambar atas ni. Al maklumlah princess ni keluar dah nak hujung tahun 2014, cepat jee Nurul Husna Jannah 1 tahun, hihi.. Actually umur Husna hari ni baru 47 hari.. Ya Allah, sesungguhnya cahaya mata yang dianugerahkan ini satu anugerah yang x mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hadirnya, walau menggangu tidur malam, memerlukan keringat lelah, merubah totally 100 percent rutin harian, dia tetap insan paling utama dan tetap menjadi keutamaan tiap saat dan detik.

Lately Husna banyak meragam, ibu start risau mcm mana la bila ibu nak start keja hujung bulan ni. Ya Allah, permudahkanlah. xnak Husna sakit-sakit. menjerit meraung mcm kena dera. Husna please be good sayang. Tersiksa hati ibu tengok Husna nangis. :(

Monday, November 10, 2014

39 Weeks


Hai blog kesayangan. Senyum panjang sikit sebelum jari mula menaip okey? :))))
My pregnancy now is 39 weeks. lagi 3 hari nak masuk 40 weeks. Actually, hati rasa sangat2 berdebar plus tertunggu-tunggu bila baby nk keluar. Baby please jangan delay lama sangat, ibu dgn abuya x sabar nk jumpa baby kat dunia. Nak peluk, nak cium, nak gomol2 baby.. dah dkt 9 bulan ibu ngan abuya asyik duk gosok perut je.. Hehehe..


Lepas ni, baby lah penyeri hati ibu dgn abuya. Moga baby jd anak soleh/solehah (gen blom comfirn selagi x keluar.. hehe), berakhlak mulia, taat ibu bapa dan berjaya dunia akhirat. Banyak sangat cabaran and dugaan dalam hidup yang perlu kita tempuh sama-sama. Ibu sentiasa mendoakan baby, sejak baby ada dalam perut ibu lagi. In Shaa Allah.. Bak lagu Fynn Jamal yang tajuk "Arjuna Beta" yang sangat mendalam, hati ibu mana pun tersentuh bila dengar bait-bait lagu ni. i just wish ur life is full of goodness, may Allah guide every of us to the right way.

"kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul anakanda tak jelas mata
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela."

I know it doesn't easy as that. i know there's many different things after this but i also know, Allah is always with us. X ada satu benda pun dalam dunia ni yang susah bila kita sentiasa ada pegangan pada Allah s.w.t. In Shaa Allah.

Walaupun last week baru je kecewa dengan permohonan tukar yang tak diluluskan, and i am quite stress. after struggling to mind set that i can survive with baby there, i can do it. Alhamdulillah, i got that strength. bukan senang nk kumpul kekuatan tu, bengkak jugak mata ni mengenangkan nasib berjauhan lagi dengan suami. paling tidak utk setengah tahun or setahun akan datang. Yang penting, moga hati ini terus kuat and takkan mudah putus asa untuk apply tukar every semester.

Lastly, doakan ibu ini selamat melahirkan baby bila-bila masa je.. Hee.. In Shaa ALLAH.. :)

Tuesday, September 30, 2014

Honeymoon.. Hihi

Alhamdulillah, sempat jugak honeymoon ngan hubby time cuti sekolah lepas. waloupn sekejap je jadilah, bole kenal tempat baru. Asalnya plan nk p tempat lain tp sebab xde masa, tukar plan ke sini.... ----> Bukit Tinggi, Bentong. Penat jugak la sebab dari kampong sampai Kijal dah tgh malam, esok pagi2 gerak p sini. Semangat betol! Hehe.. Baby dalam perut mmg suka jalan nieee... Thanks jugak encik suami sebab drive seharian bawak ibu ngan baby datang sini.. Ngeee... :)

mak buyong tengah2 orang ramai.. Hehe
adiossss! heee

Tuesday, September 23, 2014

Sekitar Majlis Perkahwinan Puan Etie

Alhamdulillah.. syukur.. seorang lagi sahabat suka duka di maktab dah mendirikan rumah tangga. welcome to the club dear. Hehe.. selamat menjadi puan etie ewani.. semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.. sempat lagi mak buyong p jalan pasir mas perut beso2 ni pn.. thanks hubby sebab bagi keizinan ibu g jalan2 ngan member.. hehe.. 
pengantin was so gorgeous and pretty! moga cepat2 timang baby pula.. ngeee..








Oke, lepas ni sape pulak ea? heee.. tggu dan lihat je laaa.. 

Thursday, August 28, 2014

28 weeks already!

Sedar tak sedar dah 28 minggu usia kandungan yue ni.. perut makin membesar means baby kt dalam makin membesar.. alhamdulillah, sepanjang mengandung ni, segalanya Allah permudahkan.. xde alahan, xde sakit2 just penat org mengandung.. biasalah kn.. tp sbb nk jadi ibu yg kuat, kami berdua berjaya survive. ulang alik tiap-tiap minggu jumpa abuya baby pn larat lagi. heee.. doctor pn ckp kandungan xde masalah, In shaa Allah.. harapnya baby kekal sihat sampailah keluar and dah keluar nnti pn baby sihat2 aje.. xsabarnya nk jumpa baby.. asyik main tendang2 aje dalam perut ibu ni kan.. tengok bila dh kuar nnti nk tendang apa pulak.. hehe..

my baby!

Tuesday, July 8, 2014

The Conversation

Seriously masa ni sangat-sangat penat. Mana taknya, dari pagi sampai sekarang x berhenti layan budak-budak ni, bukan sorang tapi lebih 20 orang. kalau kehadiran penuh lagiiiiiiii laaaaa.. 25 org!.. penat doww.. bkn bdk sekolah menengah, budak Pra kott.. yang tahap fokusnya tak lebih dari 5 minit.. yang kerjanya nak lari sana sini, yang bila buat latihan nk perhatian tiap masa and yang macam-macam ragam.. Huhu..
Sekarang, bila dah habis waktu mengajar still kne layan diaorang, ada lagi 2 3 budak den yang tak balik. bising bukan main, dah bagi main mainan lagi bising. mentang2 den dah xlarat nk layan. ikut korang la budak-budak, janji korang bahagia.. Hehehe.. Biasa anak2 ceeeguuu sini diberi kelonggaran la stay lama sket kat Pra. atas dasar budi bicara dan tolak ansur, selepas waktu Pra habis, Pra bertukar menjadi nursery.. Erghhh.. ada bayaran lebih x? eish.. x baik btol.. In Shaa Allah, semua dari Allah kan.. Ikhlas.. Ikhlas.. Heee..
Ya Allah, rasa nak tidur je, kalau kelas Pra ni ada katil best jugak den membuta ni. Adei.. macam-macam ragam budak-budak ni. xlarat nk jawab soalan2 jujur yang mengalahkan soalan wartawan melodi.. aduhai..

Conversation 1

"ceeguu, hari kiamat nanti bumi terbelah kan? kita nak duduk mana?"
----- "masa tu ialah hari pembalasan, siapa baik masuk syurga, siapa jahat masuk neraka la.."
"tapiiiiii... kte nak pergi masuk syurga naik apa? naik kereta k? bumi kan terbelah.."
----- "erghhhhh... !!!!!" (mood malas layan and speechless.. haha)

Conversation 2

"ceeguu, kenapa perut ceegu kembung?"
---- "ada baby!.."
"hahh! ada baby... ceeguu beranak k?"
---- "belom beranak la.. ada dalam perut lagi.."
"kenapa ceeguu mengandung, ceeguu x ajar kami lagi k lepas ni?"
---- "ajar.... ceeguu beranak masa cuti sekolah nnti laa"
"ooooo.. kenapa ceegu beranak.. nnti sakit.."
---- ......... (fokus ngadap laptop, malas layan)

Conversation 3

Bisik-bisik dengan kawan.. "pstttt.. pstttt.. ceeguu mngandung... pstttt... betol.. "
"ceeguu.. betol kan ceeguu mengandung?
---- ......................
Datang belakang tarik-tarik kerusi cikgu.
" ceeguu ni berat la...!"
" ceeguu kan dah gemok.. memang la..."
---- (hadoiiii.. kurg asam! hahaha)



Sunday, June 1, 2014

Wayang "X-Men Days Of Future Past"

Bosan pulak rasanya duk sorang-sorang camni. Suami pegi keja, kita terperuk je la kat rumah. ke hulu ke hilir dalam rumah. Jap ke dapur, naik atas, duk depan tv. Heaven mmg heaven tp bosan bila xde teman borak. borak ngan baby dlm peyut je la.. hihi.. Last skali, naik atas, on komputer, layan lagu2 nostalgia kak Ct.. syok jugak, lama x dengar lagu2 lama nie.cun sgt lah kak Ct zaman muda niee.. kitew suka tgk kak Ct taw.. hik3..

Oleh sbb hubby dah habis oncoll, malam ni kami ada date. jangan jeles taw, nak g layan citer "Abang Long Fadil" lah kitew.. Nanti kalo ada kesempatan kitew share pasal citer ni ea. adik ipar kitew ckp citer ni best. So, jom kte p tgok. Hehe.. 

Ok, baru masuk title punye story.. Hehe.. Minggu lps smpat p tengok citer "X-Men" yang baru tu with hubby skali ngan adik ipar. citer dy best tp agak complicated, bagi orang2 yang keletihan disarankan jangan tengok, kenapa?? sbb takut jadi mcm hubby i.. tertidur time wayang. X salhkan dy, mmg dy penat keja seharian kan, malam kena raging tgk wayang ngan kitaorg lak.. Hihi.. Siyan dy.. :P


Citer ni jadi complicated sebab dy banyak main dengan masa. Nama pn "days of future past" kan. si Wolverine ni balik ke masa silam lah kononnya to fix everyhing. dia kena yakinkan lah kwn2 dy yang dia jumpa masa silam tu yg dia ni from future. lastly, ofkos la happy ending. mission complete even wolverine dah kena buang dalam laut pn. hihi .. Tapi yang paling i suka watak budak sengal yang ada kuasa laju tuu.. si Quicksilver.. syok tgok dy je.. nak taw lwbih kena tgk sndri la, bru best.. hehe..

special kasi gambo Quicksilver.. Hehe.. ;)

Friday, May 16, 2014

Happy Teacher's Day Cikgu Yuni !!

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi atas segala rezeki yang melimpah ruah untukku dan orang-orang kesayanganku.. Ya Allah, terima kasih kerana memberiku peluang menabur bakti mendidik anak bangsaku. Terima kasih kerana memberi keceriaan pada wajah-wajah kecil anak muridku. terima kasih atas segalanya.. sungguh aku insan kerdil yang baru bertapak menjadi seorang guru dalam kalangan mereka. masih banyak perlu dipelajari, masih banyak pengalaman harus dilalui. semoga selamanya ketabahan seorang guru itu ada dalam diriku.. In Shaa Allah..

Tahun pertama meraikan hari guru. serius rasa lain, suasananya, perasaannya, tak sama seperti sebelum ni. Sebelum ni 5 tahun meraikan hari guru di maktab, bersama kawan2 seperjuangan.. semua dengan 1 matlamat dan cita-cita yang sama.. rindunya senyum tawa mereka semua, . i miss them a lot.. Hehe.. Biasalah tu kan.. sekarang nk jumpa kwn sebaya pn susah, semua dr pelbagai usia. kena biasakan diri la bila dh masuk alam pekerjaan.. apapun this school sgt cool, guru2 yang sgt supportive, baik and peramah. :)

The theme kat sekolah tahun ni is "back to school". masa awal-awal taw buat tema ni bkn main semangat. xsabo nak pakai baju sekolah semula.. Haha.. mula la suh bdk2 kat umah cri baju2 lama kot2 padan lagi, nasib baik ada baju si akmal.. kain, tudung n kasut terpaksa la beli baru. apapun mmg bajet giler laa.. mana nk cri kasut sekolah harga 3.90.. i jumpa taw.. hihihi.. nak pakai pn satu hari jee.. semangat tetap semangt tp jimat tetap perlu.. hihihi

Antara gambar yang sempat ambil sepanjang hari nieee..







tq all.. :)

Thursday, May 8, 2014

Emosinya Org Pegnentt niee..

Malam ni rasa stress sgt2. xtaw la knapa nie. mmg macam ni la selalu kalo benda yang kita nak xdapat or terjadinya perkara kita x berapa suka. contohnya, sabtu nie sekolah ganti! which means, sila stay di keratong weekend ni ok. Oh pliss. no way! kompem nak lari jugak ptg sabtu tu yee.. eh bkn lari, x larat laaa, nak drive balik jugak. Haha. pastu tetiba dapat msj dari sekolah. "semua guru diwajibkan hadir ke satu kursus dan taklimat LADAP HARMIS pada pukul 2 ptg hari sabtu ini!" Fine! fine! fine! rasa mcm nk jerit jeeee... kitew nak balik laaaa... bole bagi kita jumpa suami kitew x! bukan hari-hari pn kitew jumpa dia.. kita tak suka laaa kacau weekend kitew.. kita bommm bru taw.. erghhh.. punyelah nak cakap perasaan stress tu mcmne, tp gitulah, Ayuani must be a strong person to her job and to her husband. Suami faham, tu yang dia balik kg tinggal kitew tuuuu... no hard feeling ok sayang.. just emosi sket.. maaf, pembawaan beby.. :P

Kalau nak cerita tentang perubahan emosi ni rasanya, aku sendiri boleh perasan betapa aku sangat2 mudah emosi, prasangka and cepat mengalir air mata sgt2.. bak kata suami aku.. "syg ni boleh jadi artis la, mudah sgt nangis" part kata macam artis tu. ingatkan nak cakap aku ni cantik rupanyaaa itu yang dimaksudkan.. Haha.. iyelah encik suami, nak buat macamne, its me.. harap encik suami faham la yeee.. jangan encik suami pula melenting sbb kitew mcm ni.. siyan beby and kitew taw.. Hihi.. 

Teringat pulak satu peristiwa satu petang tu, tiba-tiba je rasa nak makan kepok lekor kat satu pakcik kedai tu.. pastu hubby kitew ckp dy x bawk duit. ada rm1 je dlm poket.. asalnya nak p ronda2 pantai je pn.. pastu hubby terus belikan kopok lekor kedai lain, sbb kedai yang kita nak tu mmg kopok dy sdp, kalo rm 1 ringgit mmg dpt sbtg je la kot.. haha.. pastu kita terus xde mood, masam mencuka, duk tepi pantai tetiba ngalir air mata.. sedihnya bukan main, serius cakap, macam org putuih cinta tawww.. Hihi.. nasib baik la dapat hubby yang penyabar ni.. pujuk kitew bukan main.. kan hubby kan.. Hihihihi :P

Lucu lak bila ingat balik, tapi tu sume kenangan dan dugaan orang mengandung mungkin. sikit-sikit emo. aduiii.. Hehe

Wednesday, May 7, 2014

Nukilan Malam

Walau sehari tetap mahu bertemu. susah bila dah rindu. lagi susah bila dah cinta. xsusah kalau dah kawin. yang susahnya dah kawin tapi tetap berjauhan. Hee.. sabar aje la.. penatnya drive sepetang tadi, balik sana petang semalam semata nak jumpa dia. Penat bukan bererti tidak mampu, kugagahi jua demimu. tadi sampai sini dah maghrib. hidup terus rasa sunyi sepi. rindu gurau senda dia masa disisi. baru beberapa jam x jumpa dah mcam ni. hubby oh hubby.. Hehe..

Siap sedia peluru, senapang semua untuk berperang di sekolah esok. berperang jumpa anak2 kecil laa.. beberapa jam mengadap laptop tadi untuk menyiapkan license plan buat kepala dah pusing-pusing. sejujurnya mmg dah mahu tidur tapi perut meronta-ronta minta diisi. Haih.. nak makan apa memalam ni? jenguk ke dapur nampak cik meggi, bila dah panaskan air semua, tiba2 batalkan niat nak makan itu. kata hati, xbaik untuk baby ok puan ayuani. Huu.. Bukak peti capai buah epal and segelas susu. wahh, berkhasiat gitu.. Alhamdulillah perut dah ok, mata dah kuyu tapi hati masih tak mahu mencoret sesuatu. Nahh, blog ini la jadi magsanya.. Heee

Kudrat sekarang x seperti dulu.. tapi kuat itu sentiasa perlu.. dulu x semengah ini bila naik tangga, tapi sekarang terus macam nak pengsan rasanya. Huhu. Kalau dulu mengemas rumah satu hari perkara biasa, sekarang nak pegang penyapu pun emosi rasanya. Kalau di kelas, penatnya lagi lah x boleh nk ckp.. maaf anak-anak muridku andai cikgu kurang dalam mendidikmu.. 

Apapun aku akan sentiasa cuba kuat untuk menjadi guru, isteri dan ibu (akan datang) yang terbaik! Moga sentiasa kuat Ayuani! 

Fighting!!!
Good Nite :)

Thursday, April 10, 2014

You, Me And Our Life

It's been a while being silent here. my pregnancy was now 2 month 1 week already. still small and very little to see you darling. i am so excited be a mother. i'm not lying baby, mommy love you since you been created by Allah s.w.t in my tummy. please grow nice and healthy. can't wait to see you on this Disember.

During this trimester, i believe on myself to be a superwomen. Haha. What i mean is, even though everyday and every minutes i missing my husband while his not here; beside me, i try my best to be as strong as a superwomen. carrying my little baby in my tummy was really unforgettable experience that i being through. Hubby, i know you miss me and baby too. not only everyday but every minute and second right?.. You're the best person in our life. i knew i'm not strong if i'm alone, but i knew you are always with us.

Here our caliph,
see.. too cute right?
This is the first time we meet darling. Please grow up quickly and nicely. don't naughty in mommy tummy ok! Hehe.. See you again next month! :)


Friday, February 28, 2014

Feberet

Hai semua. Nama saya Husna. Ni ciguu sy yg comel lote. Tapi ciguu sy nie dah kawen, xleh tackle2 dah yer.. Kikiki.. Eh, eh silap.. bukan nak citer pasal ciguu ni yer. citer pasal budak comel yang mcm junior emma maembong ni haa.. giler cute budak ni. Hari-hari pegang baju ciguu, sampai ciguu nk p toilet pn nak ikot. bila cikgu duduk bawah, comel je dtg dari belakang peluk ciguu.. hihihi.. kalau budak lain  kompem ciguu xleh terima, tp Una ni wat ciguu rasa bahagianyeee.. oppss.. over pulak.. She's 5 years old.. sangat2 manja and kecik aje, sampaikan budak2 lain panggil dy adik.. Hee.. Una xpndai tulis n kenal abc lagi tp In Shaa ALLAH nnti Una pandai yeee.. this is teacher promise! :)

my dear lovely Atisya Husna
maap lah, ciguu yg over posing.. hihihi


Wednesday, February 12, 2014

Rindu Tembak Orang

Seriously nuryu rindu nak tembak-tembak orang. Eh, lain macam sebut "tembak" kan. Hehe.. rindu nak shoot orang. Lama dah x dapat job photoshoot. Sejak-sejak dah posting plus kahwin nieeee i am totally no time for that.. Bilamana benda tu minat yang datang dalam diri, mmg betul-betul rasa something wrong when i get through my life without do it. Dulu amik gambar orang kawen, tunang pn bukan sebab nak cari duit sangat, tapi sebab minat, seriously minat. Secondly, i have nothing to do while waiting my posting, menganggur kot, tension tahap gaban sebab xde duit langsug dalam poket. Asyik mintak duit PAMA je, malu betul lah muka kan. Heheww.. walaupun nuryu x pandai sangat amik gambar tapi alhamdulillah, x penah buat sambil lewa hasil kerja. sepenuh daya usaha buat. risau kot kot hasilnya tak memuaskan. Bila ingat semula, penatnya mmg xleh nak cakap, bersengkang mata siang malam. bukan sebab x cukup masa tapi bila dah ngadap gambar-gambar tu mcm dah tak boleh pandang benda lain. segar sampai 2 3 pagi. Hehe..
Rasa macam nak ucap juta-juta terima kasih kat member2 and kenalan yang sudi upah i jd photographer diaorang. Untuk hari bahagia diaorg pulak tu. Eishhh.. Tu semua mmg pengalaman yang tak ternilai buat nuryu. Ngeee..
Tahun ni target nak upgrade my lovely baby tuh. syok sket nak tembak-tembak kan. tapi kena kumpul duit dlu. perlahan-lahan org kata. Hehe.. Sesekali mata ni rasa segar tgk gambar2 lama yang pernah shoot dulu. :)
Senyum-senyum, In Shaa Allah ada masanya waktu itu akan tiba kembali.. Haha..
One of my friend. Test power shoot outdoot time dy punye bertandang. Ni je la hadiah kawen utk diaorg yg mampu. Hehe..
Wedding kak Sue + Fakhri a.k.a my husben punye bestie. Skrg akak cantik ni tggu masa nk bersalin je. Xsabar nak tengok baby kak sue nnti.. :)

And ini cik cantik manis Farah. comel lote masa tunang dy tuu.. Hehe
juga sekali dengan majlis Khatam Al-Quran. Alhamdulillah.. :)

Ni pulak. my dear friend puan Syafi. masa ni pn dah dekat sgt ngan wedding i tp demi mu sahabat kugagahi jua ke Kuala Krai.. Hehe..
Eh.eh. ni i candid je masa wedding dear friend puan Anis. nyibuk sikit. Alhamdulillah skrg Anis dah ada baby boy yang comel sgt2.. semoga Mushlih membesar jd good boy yang berjaya dan tinggi akhlaknya.. In Shaa Allah.. :)
Ni cik Ros, xjauh pn umah kteorang. View nie cantik sgt, kat sawah padi niee.. mmg romantik habis tengah bendang. Hehe..
Yang ni job yang dapat dari mak andam i. Hehe.. simple wedding but nice. :)
Fuhhh... letih jugak citer pasal nie.. Sampai k maghrib dah ni.. Hehe.. Huwaaa.. den rindu! serious! Tutup citer. Layan Ariana Rose jom.. Daaa.. Heee.. 
Lot's of Love..
< Salam >