Followers

Pages

Thursday, August 28, 2014

28 weeks already!

Sedar tak sedar dah 28 minggu usia kandungan yue ni.. perut makin membesar means baby kt dalam makin membesar.. alhamdulillah, sepanjang mengandung ni, segalanya Allah permudahkan.. xde alahan, xde sakit2 just penat org mengandung.. biasalah kn.. tp sbb nk jadi ibu yg kuat, kami berdua berjaya survive. ulang alik tiap-tiap minggu jumpa abuya baby pn larat lagi. heee.. doctor pn ckp kandungan xde masalah, In shaa Allah.. harapnya baby kekal sihat sampailah keluar and dah keluar nnti pn baby sihat2 aje.. xsabarnya nk jumpa baby.. asyik main tendang2 aje dalam perut ibu ni kan.. tengok bila dh kuar nnti nk tendang apa pulak.. hehe..

my baby!

Tuesday, July 8, 2014

The Conversation

Seriously masa ni sangat-sangat penat. Mana taknya, dari pagi sampai sekarang x berhenti layan budak-budak ni, bukan sorang tapi lebih 20 orang. kalau kehadiran penuh lagiiiiiiii laaaaa.. 25 org!.. penat doww.. bkn bdk sekolah menengah, budak Pra kott.. yang tahap fokusnya tak lebih dari 5 minit.. yang kerjanya nak lari sana sini, yang bila buat latihan nk perhatian tiap masa and yang macam-macam ragam.. Huhu..
Sekarang, bila dah habis waktu mengajar still kne layan diaorang, ada lagi 2 3 budak den yang tak balik. bising bukan main, dah bagi main mainan lagi bising. mentang2 den dah xlarat nk layan. ikut korang la budak-budak, janji korang bahagia.. Hehehe.. Biasa anak2 ceeeguuu sini diberi kelonggaran la stay lama sket kat Pra. atas dasar budi bicara dan tolak ansur, selepas waktu Pra habis, Pra bertukar menjadi nursery.. Erghhh.. ada bayaran lebih x? eish.. x baik btol.. In Shaa Allah, semua dari Allah kan.. Ikhlas.. Ikhlas.. Heee..
Ya Allah, rasa nak tidur je, kalau kelas Pra ni ada katil best jugak den membuta ni. Adei.. macam-macam ragam budak-budak ni. xlarat nk jawab soalan2 jujur yang mengalahkan soalan wartawan melodi.. aduhai..

Conversation 1

"ceeguu, hari kiamat nanti bumi terbelah kan? kita nak duduk mana?"
----- "masa tu ialah hari pembalasan, siapa baik masuk syurga, siapa jahat masuk neraka la.."
"tapiiiiii... kte nak pergi masuk syurga naik apa? naik kereta k? bumi kan terbelah.."
----- "erghhhhh... !!!!!" (mood malas layan and speechless.. haha)

Conversation 2

"ceeguu, kenapa perut ceegu kembung?"
---- "ada baby!.."
"hahh! ada baby... ceeguu beranak k?"
---- "belom beranak la.. ada dalam perut lagi.."
"kenapa ceeguu mengandung, ceeguu x ajar kami lagi k lepas ni?"
---- "ajar.... ceeguu beranak masa cuti sekolah nnti laa"
"ooooo.. kenapa ceegu beranak.. nnti sakit.."
---- ......... (fokus ngadap laptop, malas layan)

Conversation 3

Bisik-bisik dengan kawan.. "pstttt.. pstttt.. ceeguu mngandung... pstttt... betol.. "
"ceeguu.. betol kan ceeguu mengandung?
---- ......................
Datang belakang tarik-tarik kerusi cikgu.
" ceeguu ni berat la...!"
" ceeguu kan dah gemok.. memang la..."
---- (hadoiiii.. kurg asam! hahaha)



Sunday, June 1, 2014

Wayang "X-Men Days Of Future Past"

Bosan pulak rasanya duk sorang-sorang camni. Suami pegi keja, kita terperuk je la kat rumah. ke hulu ke hilir dalam rumah. Jap ke dapur, naik atas, duk depan tv. Heaven mmg heaven tp bosan bila xde teman borak. borak ngan baby dlm peyut je la.. hihi.. Last skali, naik atas, on komputer, layan lagu2 nostalgia kak Ct.. syok jugak, lama x dengar lagu2 lama nie.cun sgt lah kak Ct zaman muda niee.. kitew suka tgk kak Ct taw.. hik3..

Oleh sbb hubby dah habis oncoll, malam ni kami ada date. jangan jeles taw, nak g layan citer "Abang Long Fadil" lah kitew.. Nanti kalo ada kesempatan kitew share pasal citer ni ea. adik ipar kitew ckp citer ni best. So, jom kte p tgok. Hehe.. 

Ok, baru masuk title punye story.. Hehe.. Minggu lps smpat p tengok citer "X-Men" yang baru tu with hubby skali ngan adik ipar. citer dy best tp agak complicated, bagi orang2 yang keletihan disarankan jangan tengok, kenapa?? sbb takut jadi mcm hubby i.. tertidur time wayang. X salhkan dy, mmg dy penat keja seharian kan, malam kena raging tgk wayang ngan kitaorg lak.. Hihi.. Siyan dy.. :P


Citer ni jadi complicated sebab dy banyak main dengan masa. Nama pn "days of future past" kan. si Wolverine ni balik ke masa silam lah kononnya to fix everyhing. dia kena yakinkan lah kwn2 dy yang dia jumpa masa silam tu yg dia ni from future. lastly, ofkos la happy ending. mission complete even wolverine dah kena buang dalam laut pn. hihi .. Tapi yang paling i suka watak budak sengal yang ada kuasa laju tuu.. si Quicksilver.. syok tgok dy je.. nak taw lwbih kena tgk sndri la, bru best.. hehe..

special kasi gambo Quicksilver.. Hehe.. ;)