Followers

Pages

Tuesday, December 17, 2013

Holiday to Beijing

Cuti sekolah dihabiskan dengan berehat di rumah suami. Hari-hari fikir nak masak apa hari nie.. Nak masak apa hari nie.. x terasa cuti dah nak sampai ke penghujungnya.. yelah, berminggu2 demam je.. ni Alhamdulillah sekrg dah ok sket.. 2/12 - 6/12 lepas kami sempat melancong ke Beijing. balik dari sana tu yang demam teruk tu.. ingat dah ada isi dah.. demam mengada je upenye.. kih3..
pengalaman ke sana actually seronok tapi ikut trip yang tour guide Cina sorang tu bawak kteorang yang jadi x berapa seronok. trip ni mewajibkan kteorang ke 7 goverment shop yang antaranya kedai teh, mutiara, jed, ubatan and so on. hari last2 baru diaorang bwk kteorang p shopim pasaraya. mmg hangin la sume org. mne taknya, dah habis sume duit diaorg goda kat kedai2 goverment tu baru la bwk g shopim. lagi satu barang sana xde lah murah sangat seperti yang dikhabarkan, bukan main lagi cina-cina ni letak harga tinggi2. len kali kalo nk p sna jangan ikot pakej, p sendiri2 lagi best. hehe..
apapun, musim sejuk sana walopn xde salji tapi sangat2 sejuk. keadaan kering je, kena pakai baju tebal2. nice experience. hehe..





Thursday, November 21, 2013

i love u husband


Syoknya tengok orang pregnant, lagi seronok bila taw kawan2 terdekat yg pregnant. xpenah lagi rasa seronok diri sendiri pregnant.. Hihihi.. bila agaknya tiba masa tu yer? encik suami pn nak sangat baby, tapi belum rezeki kami lagi agaknya. :(
Kawan2 seangkatan makin ramai yang mendirikan rumah tangga, makin ramai yang mula membina keluarga. Alhamdulillah, perjalanan hidup yang direadai Allah ni lah yang sebaik-baiknya kan? yang belum lagi tu pasti akan tiba juga masanya. Cuti sekolah dah mula ni, mula lah menghitung kenduri kendara yang wajib p nieh. xlupa juga menghitung hari p honeymoon.. Hihihi.. i wish this is the best holiday as a wife. being his side every moment is the best thing that i can't describe..

i love you husband!
post special sbb encik suami mintak nk bca blog dah.. hehehe.. :P

Monday, November 18, 2013

Hari ini

Awat la demam batuk selsema den ni x ok2 lagi yer? malaih mkn ubat punye psl la ni. sedaq dri pn kn.. adehhh.. perangai yg xleh nk ubah2, suami keja kat klinik duk ngadap ubat hari2 tapi dapat bini susah mkn ubat.. kne berletiaq je tiap kali xmkn ubat.. siap huluq kasi depan2 macam princess baru mkn.. kikiki.. 
 Alhamdulillah, cuti sekolah dah pn bermula, yg x berapa nk senang hati lagi ni pasai kne email kn penilaian budak2 kat PPD hari ni jugak. kerja bertangguh sejak hr jumaat hari tu gara-gara lupa nak wat balik senarai nama budak2 den. punyelah syok nk cuti sampai lupa habis. So, jalan penyelesainya terpaksa mintak tolong PPM den email senarai nama hari ni kat den. sebabnya dia still bekerja hr ni. and i'm still waiting.. hope dy hantaq cepat2 la, den nak balik kijal pulak lepas zohor nanti nie.. kalut plak nnti kn..
Opss.. lupa nk habaq den skunk duk besut.. rumah mama papa tersayang. eceh, mama papa la sgt kn.. Hehe.. heaven bila duk rumah tempat lahirku ini.. apapn tetap rindu kat suami sebab dia xdpt nak balik sni sama2 dsebabkan ada kursus di KT for two days. can't wait to see him this evening.. :) 
Alhamdulillah, lepas rindu kat ma abah, lepas rindu kat adik2 sume.. In shaa Allah mggu depan balik lagi, waloupn suami oncol xdapat balik, dah dpt izin dia untuk balik sini.. Hehe..
Mak mertua juga x dilupakan, sempat bermalam 1 hr kat rumah nya masa sampai besut dengan suami jumaat lepas sebelum dy  kursus. org kata bukan senang nk wujudkan chemistry dgn mak mertua ni, dan sememagnya betul, aku sendri pn masih dan sentiasa cuba untuk jadi menantu yg baik. walaupn dari ni mmg banyak kekurangan, nak2 dari segi masak2 sume, ak cuba kuatkan hati masuk dapur tolong yang mana patot. buat aje yg termampu aje la.. hehe.. dan Alhamdulillah jugak mak mertua den seorang yang baik, sentiasa bagi tunjuk ajar bukan seperti cerita "ibu mertuaku" okey.. hehehe..
Oyeahh.. my ppm dah sent senarai nama.. oke lah, den nak sambung wat kerja.. chaw dlu.. Hehe.. salam.. ;)