Followers

Pages

Friday, October 8, 2010

Camping di Bagan Lalang

Mood camping da pn habis. 4-7/10 merupakn pengalaman perkhemahan yang x akan pernah aku lupakan. best sangat. no pressure n sgt seronok. hehe.. camping ni diadakan di Bagan Lalang, Banting, Selangor. Perkhemahan 4 hari 3 malam ni murupakan perkhemahan berunifrom dan aku adalah dari unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Kelas kami yg menyertai perkhemahan ini hanya seramai 6 orang sahaja kerana selebihnya merupakan budak Pengakap. All geng scout dah wat camping kt Ipoh Perak before kami. msti best jugak kan... apapun pengalamn yang kami perolehi ni amat bermakna dan x mungkin kami lupakan..

Budak-budak BSMM sgt sempoi n best. girls just 10 orang je & 25 orang boys.. They all sgt happening n sgt best! Kat sana kami belajar banyak menda terutamanya yang berkaitan dengan unit berunifrom. Contohnya, pertolongan cemas, kawad, orienteering kembara, ikhtiar hidup n byk lagi.

Tapak perkhemahan yang kami duduki itu tidaklah terlalu menarik kerana hanya dikelilingi oleh pokok sawit sahaja dan berada lebih kurang 1 km dari pantai. Apapun itu bukan menghalang keseronokan kami sepanjang berada di sana. Untuk ke pantai kami akan berjalan kaki secara beramai-ramai dalam keadaan yang terkawal. walaupun agak penat, keindahan dan panorama di pantai dapat mengubati semuanya. hehe.. i love the view.. :)

pengalaman pahit sepanjang kat sana, kami amat ketandusan air. terasa macam duk afrika selatan pulak, nak mandi pn susah.. adoi.. haha.. pihak pengurusan menyedari kesilapan lewat memaklumkan tntang kedatangan kami ke tampat tersebut so, air dibuka agak lewat n x dapatlh nk kumpul lam kolah tu.. huhu.. kami terpaksa bersabar ngan keadaan ni untuk beberapa ketika. Hari first lagi, dah ramai yang kena cirit birit. bayangkanlah macamne siksanya dengan air yang nk letak ikan pun ikan tamau. cetek sangat.. kih3..

Aktiviti ikhtiar hidup paling aku suka. Dapat masak-masak ngan kawan-kawan. hehe.. best sngt!. Time malam kebudayaan pulak, aku x henti-henti gelak dengan telatah diaorang yang wat persembahan. Dengan sakit tekak n takde suara aku still boley gelak, makin bertambah la sakit tekak aku ni.. apapun really enjoy the show kawan-kawan.

Itu je la yang nak aku ceritakan. Banyak lagi sebenarnya yg bole aku ceritakan, tapi x mampu dah aku nak menaip. hehe.. memory kt sana aku abadikan dalam memory yg terindah.. thanks 2 all, especially geng BSMM yang sempOi.. luv u!



No comments: