Followers

Pages

Tuesday, October 29, 2013

Dear Health, Please Keep Healthy

Hari nie ada program "Pasti Heboh" kat sekolah, memang betol-betol heboh sampai tak sempat nk bergambar. Hee.. main ngan bdk ramai2 ni, diri sendiri pn dah tak terurus. Er.. apa kaitan ngan gambo di atas? Huu.. Yue sempat buat pemeriksaan kesihatan kat booth pemeriksaan kesihatan percuma. agak terkejut bila bacaan gula dalam darah dalam lingkungan risiko. ciap tulis ngan pen merah lagi tuu.. HoHo. sejak bila ni yue disyakki bole dpt diabetes ni.. mmg lepas ni kena jaga makan betul-betul la.. diaorang suruh p check skali lagi kat klinik. iyekan aje, nnti nk hubby tolong check kan.. hee.. Emm.. mintak2 xde apa2, risau jugak.. sebab sebelum ni mana penah jaga makan. bedal semua. aduhai.. 
Badan pn dah mudah letih sekarang, hmm.. asyik nak demam je, naseb baik hubby dah bekalkan obat siap2.. kalo tggu kesedaran diri sendiri mmg teruk dulu la.. Huu.. Cuti sekolah cepatlah datang! saya nak cuti.. Huk3.. :(

p/s: Jaga makan, Jaga minum, Jaga kesihatan! ;)

Monday, October 28, 2013

Lawatan Pra Ke Malacca

Masih di sini menghitung hari menunggu cuti panjang.. lebih kurang 3 mggu je lagi.. oyeah! betul-betul xsabar ni.. dalam pada masa yang sama sibuk sangat hujung2 tahun ni, dengan program itu ini kat sekolah. apapun experience sume tu. actually masih kekok dalam erti kata lain, belum biasa dengan semua ni. banyak yang perlu belajar. dan untuk orang mcm yue yang agak lambat sikit nak belajar ni mmg kena betul2 belajar. Yes! betul-betul ok. Hehe.. kadang-kadang kena tebal muka, kena lebih banyak tanya, kena lebih mesra. Hmm.. banyak yang kena lebih. maaf untuk mana yang kurang. saya masih belajar, mintak tunjuk ajar.. Adeh.. hehe..
Sebenarnya bila memikirkan sesi persekolahan baru untuk tahun 2014, yue rasa semangat berkobar-kobar nk hias kelas pra. Yelah, bila dah own kelas sendiri ni tanggungjawab kita la nak handle sume. nak bagi semangat p sekolah hari-hari, kelas kena la cantik dan kemas. kan? kalau diri sendiri pn rasa malas nk ke sekolah, apa lagi budak2.. hehe.. In shaa Allah nnti akan update pasal kelas pra yue. nak kena start proses mencantikkan kelas baru la boleh update.
Hari ni nak share gambar time p lawatan prasekolah ke Melaka minggu lepas. hari tu hari keputraan sultan Pahang, pra kami sempat buat lawatan bermula dr 7.30 pagi smpai la pulang semula 9.30 mlm. Alhamdulillah best sangat. Nak2 encik suami ikut sekali. Dia tolong sama jaga budak2. hehe.. Bermula dengan melawat Zoo, naik boat kat River Cruise then ke Taming Sari. Satu hari berjalan. walaupn penat but it worth. ;)

she is my mentor! :)
He is my hero! :P


Tuesday, October 22, 2013

The Rutin

Assalamualaikum and hi :)

 Bukan main malam ni yue melawat habis blog-blog orang. Xder kerja lah kunonnyee.. Bosan tahap apa dah rasanya nie.. haissshh.. Rutin hari-hari dalam minggu persekolahan. 7.15 bergegas ke sekolah (mls nk p awal2.. hehe) then 4 jam deret bermula 8 pagi mengadap budak-budak comel + nakal + ngade + bising + memberontak + jerit + nangis + gaduh2 and  more plus lagi lahh... penatnya mcm kerja 24 jam tanpa henti.. x percaya boley cuba masuk kelas prasekolah 5/6 tahun ni.. Nasib baik la u oll dapat cikgu Yuni yang penyabar ni taw.. boleh lagi nak ngade-ngade kan.. Kalo x, xde makna nk layan.. Hihihi :P
Habis kelas around 12 p.m baru boleh duduk rehat. tarik nafas. hembus nafas. tgk hp. Masa ni lah nak tanda kertas. Kalo rajin siapkan terus RPH, kalo x, kumpul sminggu baru buat.. hishh.. x bagus.. x bagus.. Hehe..
Around 1.30 p.m baru la cikgu slow2 keluar pintu pagar sekolah. kte dh pandai parking belakang, dekat ngan pra, balik pn sharp la.. Hehe..
Kalo xde aktiviti ptg2 mmg membuta kat rumah. kadang-kadang housemate ajak joging. Dah gaya orang bujang den ni haa.. Hehe.. Tapi utk minggu ni & minggu depan full waktu ptg kne habiskan jam utk bengkel BI berofe bulan 11 nie. Nasebla dah x dapat tido ptg.. Hehe..
Malam pulak kalo yue n housemate malas nk mkn, kteorang rajin jugak keluar makan kat kedai. kteorang kan bujang.. Kikiki.. KTEORANG lah sgt kan.. Emm.. tapi housemate yue la paling rajin masak sebnarnya, sedap pulak tuuuuu.. kalo lps nie yue dh naik badan jgn tnya la knp.. Kikiki.. 
Then, aktiviti di bilik masing-masing, jarang sangat kteorang tgk tb, lain la ada astro kan.. kteorang layan drama pkul 7 kt tb3 tu jer sama2 kalo tgk tb pn.. tu pn jap je.. Hee..
Kalau dah mengadap laptop ni, berjam-jam pn xperasan. nk balas msj encik suami pn deley aje.. Oppsss.. hehe.. Ini lah rutin hidup isteri yang jauh dengan suami. Lepas ni gayut dlu before tido.. Ahaks..
Semoga perjalanan hidup kami dipermudahkan, moga satu hari nanti dan pasti akan tiba masanya untuk kami sama-sama membina keluarga kecil kami di tempat yang telah Allah s.w.t rencanakan.

*menunggu dengan penuh sabar.. In Shaa Allah.. :)

Monday, October 7, 2013

1 Oktober Preschool Event

Haip. rasa kekok pulak nk update blog lately. yelah, dah lama betol tinggalkan zaman menaip kat blog. tp mood tu datang balik. nak nak bila duk sorang2. layan lagu takde nk buat apa. keja sume dah siap awal. cewah, baguskan. Hehe.. daripada duk layan perasaan rindu kat encik suami sebab xdapat balik hari ni den layan citer-citer kat tonton. tapi bila dah ngadap lama-lama bosan jugak. Haish. macam2 kan. :P

Perasaan orang dah kawin bila berjauhan ni mmg susah nk describe. bagi aku, weekend lah hari2 yg sgt bermakna utk bersama yg tersyg, and bila ada program apa kat skola yg melibatkan hari bermakna aku ni.. arghhh.. rasa macam nk bom satu dunia. tapi apakan daya, aku hanya insan biasa, cewaahh.. and tanggungjawab kat kerja tu masih perlu ditunaikan. huk3..

Oklah nak citer pasal event last week kat skolah. Aku dan duniaku di prasekolah. Hehe. makin lama makin serasi dengan mereka, makin lama dah boleh garang2 ngan mereka. Ni part paling susah aku nak pupuk. yelah, terbiasa baik sgt dengan mereka ni x boleh jugak, mmg naik lemak la.. so, sikap garang tu kena ada kat seorang cikgu. tapi pandai2 gunakan la.

1 oktober lepas, program gerak tari 1 Malaysia dah settle diadakan. masuk Malaysia'n book of Record sebab dijalankan di semua Prasekolah Malaysia secara serentak. Fuhh, penat cikgu2 menari kalah murid taw. Mmg biasanya cikgu2 yang excited lebih.. Itu mmg wajib la kan. Hehe. antara gambar yg sempat snap time event tu scroll bawah. nak masuk gambar banyak2 asyik fail je, so till thenm ni je la dlu.. ;)

8 buah skola terlibat dlm event ni dlm daerah kami.



semangt mentor den.. hee