Followers

Pages

Monday, February 14, 2011

Graviti Hati

Betapa pentingnya berfikiran positif, sehingga ia dijadikan pra syarat untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Maknanya jika hendak berjaya, sentiasalah berfikiran positif sekalipun betapa buruk keadaan yang kau hadapi. Jika kau bertanya bagaimana? Inilah jawapannya ...

Dalam psikologi, ada kaedah berfikir dan merasa yang dinamakan re-framing -yakni, memberi erti baru kepada sesuatu yang negatif. Ketika dibuang kerja misalnya, bukankah itu sesuatu yang buruk? tetapi cubalah beri erti baru kepada yang kelihhatan buruk itu. Ya, mungkin itu hanyalah satu peluang baru untuk kita mencapai pekerjaan yang lebih baik.

Atau boleh jadi juga itu membuka kesempatan untuk kita melanjutkan pelajaran. Atau mungkin selama ini kerja tersebut menyebabkan kita kurang memberi tumpuan kepada keluarga, maka dengan diberhentikan menyebabkan kita berfikir untuk mencari kerja lain yang lebih 'mesra' keluarga.

Kaedah re-framing bukan menafikan realiti, tetapi dengan kaedah itu kita dapat ketenangan hati dan kestabilan fikiran untuk menyelesaikan berbagai2 kemelut dalam kehidupan. Sering kali yang pahit itu menjadi ubat.

Kita inginkan limau yang manis, tetapi jika dapat limau yang masam ... maka buatlah air limau dengan menambahkan sedikut gula.


Hasil penulisan Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Di Mana Dia Di Hatiku" ...
"Allah itu amat hampir Tapi, kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir ... "

Thanks to Cik Tom coz read it for me .. really appreciate it .. :))

2 comments:

Cik Senja said...

Pahrol mohd Juoi, Editor solusi kan??

jusTsOmeOne said...

aah cik senja. ktua editor majalah solusi.. aceli sy pn bru taw. kata2 n penulisan dy hbt2 belaka... :))