Followers

Pages

Sunday, May 20, 2012

Santapan Petang Hari


"Adapun setiap manusia itu akan melakukan kesalahan di mana wujudnya penyesalan. Namun penyesalan itu harus didahulukan dengan taubat. Kita kena kenal diri siapa kita?, dari mana asal kita?, dan kita juga kena kenal hati kita, nafsu kita dan sebagainya."

"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat sesorang hambanya dengan melakukan segala apa yang disuruh dan menjauhkan diri dari apa yang dilarang."

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi."

"Cinta dalam hati saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali saya, bukan untuk dipersendakan."

"Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca, yang sukar untuk disentuh, hanya orang yang mampu sahaja boleh memilikinya."

"Cinta itu adalah permulaan jodoh dan jodoh itu terbahagi kepada 3.
Pertama, Jodoh dari syaitan, Kamu berkenalan, berpegangan tangan dan terus melakukan maksiat. Akhirnya dia mengandung dan baru menikah.
Kedua, Jodoh dari Jin; kamu berkenalan dan kamu sukakan dia tapi dia tidak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar dia sukakan kamu dan kamu berdua menikah.
Ketiga, Jodoh dari Allah; Kamu berdua berpandangan mata terus menusuk ke kalbu, kamu terus meminang dia dan dia menerima pinangan kamu, dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga akhir hayat.
dan itulah yang dinamakan Syurga Cinta." ^_^


No comments: