Followers

Pages

Wednesday, May 7, 2014

Nukilan Malam

Walau sehari tetap mahu bertemu. susah bila dah rindu. lagi susah bila dah cinta. xsusah kalau dah kawin. yang susahnya dah kawin tapi tetap berjauhan. Hee.. sabar aje la.. penatnya drive sepetang tadi, balik sana petang semalam semata nak jumpa dia. Penat bukan bererti tidak mampu, kugagahi jua demimu. tadi sampai sini dah maghrib. hidup terus rasa sunyi sepi. rindu gurau senda dia masa disisi. baru beberapa jam x jumpa dah mcam ni. hubby oh hubby.. Hehe..

Siap sedia peluru, senapang semua untuk berperang di sekolah esok. berperang jumpa anak2 kecil laa.. beberapa jam mengadap laptop tadi untuk menyiapkan license plan buat kepala dah pusing-pusing. sejujurnya mmg dah mahu tidur tapi perut meronta-ronta minta diisi. Haih.. nak makan apa memalam ni? jenguk ke dapur nampak cik meggi, bila dah panaskan air semua, tiba2 batalkan niat nak makan itu. kata hati, xbaik untuk baby ok puan ayuani. Huu.. Bukak peti capai buah epal and segelas susu. wahh, berkhasiat gitu.. Alhamdulillah perut dah ok, mata dah kuyu tapi hati masih tak mahu mencoret sesuatu. Nahh, blog ini la jadi magsanya.. Heee

Kudrat sekarang x seperti dulu.. tapi kuat itu sentiasa perlu.. dulu x semengah ini bila naik tangga, tapi sekarang terus macam nak pengsan rasanya. Huhu. Kalau dulu mengemas rumah satu hari perkara biasa, sekarang nak pegang penyapu pun emosi rasanya. Kalau di kelas, penatnya lagi lah x boleh nk ckp.. maaf anak-anak muridku andai cikgu kurang dalam mendidikmu.. 

Apapun aku akan sentiasa cuba kuat untuk menjadi guru, isteri dan ibu (akan datang) yang terbaik! Moga sentiasa kuat Ayuani! 

Fighting!!!
Good Nite :)

No comments: