Followers

Pages

Saturday, July 17, 2010

Demam




Semalam ok jer kuar jalan2.. tup2 hari ni da demam da.. adOi.. huhu... rasa ini btOl2 menyiksaku.. aku nk share la cket pe yg aku jumpa kt tenet ni.. about demam.. hoHo.. rajin lak aku surf pasal ni.. hahaha... just for ur knowlegde cket2 la.. hehe.. :)

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.
Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam dapat merupakan suatu gejala penyakit atau infeksi. Juga dapat merupakan suatu akibat sebagai pengaruh dari olah raga, cuaca panas atau imunisasi. Suhu tubuh yang normal adalah antara 36C sampai 37 C. Jika anak Anda demam dengan temperatur yang diukur melalui mulut atau telinga 37,8C, atau melalui rektum 38C dan 37,2 C melalui ketiak, kemungkinannya anak Anda terserang demam. Anak-anak biasanya terserang demam lebih tinggi dari pada orang dewasa.

Cuba kita tgk pulak infO berkaitan dengan demam denggi...

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh
membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari
gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang
memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan
luar bandar.

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.



Jaga diri masing-masing ok! :D

No comments: