Followers

Pages

Friday, July 16, 2010

Membina Jiwa Serasi



Terdapat beberapa kata-kata yang best yang sempat aku petik dalam buku ni. Buku penulisan H.M Tuah Iskandar nie menarik jugak. Aku tertarik dengan kata-kata first ni sebenarnya.. Hehe.. meh kita baca sama-sama ea.. :D

"Singkatkanlah bercinta dan pendekkanlah bertunang, tetapi panjangkanlah hayat perkahwinan."

"Kita dilarang sengaja lewatkan solat sebab perbuatan ini Allah tidak suka. Kita dilarang keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan sebab takut-takut mati dalam perjalanan. Kita selalu diingatkan jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa sebab mati boleh datang bila-bila."

"Dua rakaat solat wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil."

"Layan orang gila akan jadi gila. Layan orang suka mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata."

"Pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati."

"Akhlak seseorang wanita boleh diukur dari matanya. Mata yang nakal selalu menyusahkan lelaki yang menerima panahannya. Salah bermain mata jika hati lelaki buta kerananya."

"Tatkala telah jatuh cinta, cepat-cepat letakkan dia pada kedudukan ke-5 selepas cinta pada Allah, pada Nabi, pada ibu bapa dan pada ilmu."

No comments: