Followers

Pages

Friday, October 12, 2012

Diam Saja


Aku diam.
Aku melihat dia ketawa bersama mereka.
Aku diam.
Aku melihat dia dan dia yang tidak gembira.
Aku mencari diri aku dalam kalangan mereka.
Kosong.
Aku tak punya apa-apa.
Di antara dia dan dia.
Ada satu rahsia yang sukar untuk difahami.
Dia yang mampu membuat aku ketawa.
Dia juga mampu membuat aku menangis.
Ada masanya, aku kecewa.
Aku tak mampu berkata apa.
Kerana aku tetap aku.
Menjadi diriku yang lebih rasa dari kata.
Dan aku masih diam.
Aku cuba memahami mereka dalam erti bahasa jiwa.
Membiarkan mereka dengan cara mereka.
Kau dengan cara kau bersama mereka
Tanpa aku lagi.
Aku senyum pada mereka
Dan diam saja.
:)

*1.27 PM (12/10/2012)



No comments: