Followers

Pages

Monday, January 24, 2011

Study Cket : Autisme

Tugasan Ayu yang akan datang adalah berkaitan dengan kanak-kanak keperluan khas . Kanak-kanak berkeperluan khas ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan dirinya bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup dalam bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. [Formal giler kot ayat. haha]. Err.. faham op? ringkasnya, mereka ni kanak-kanak istimewa/kurang upaya merangkumi kanak2 pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran @ kesihatan dsb.
eh2, mcm x caya, rajin lak Ayu mlm ni ea .. kih3 :P
Oklah, kita selongkar cket ciri-ciri kanak2 Autisme ea . Istilah autisme digunakan utk mentakrifkan corak kelakuan anak yg berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dgn orang lain, termasuk ibu bapanya . Kanak2 autistik ni hidup dlm dunianya sendiri . Jom sama-sama faham and kenal mereka yep! :)

Ciri-ciri kanak-kanak Autisme ;


1. Komunikasi
- Perkembangan bahasa lambat
- Masalah Pendengaran
- Jarang gunakan bahasa
- Jawapan tidak sesuai
- Meniru perbuatan orang
- tarik tangan orang bila hendak sesuatu

2. Interaksi Sosial
- Tiada kontak mata, elak daripada memandang
- Tidak gemar bermain atau berada dengan kawan
- Suka menjauhkan diri

3. Gangguan Deria
- Sensitif pada sentuhan
- Tidak suka dipegang
- Sensitif pada bunyi
- Suka jilat mainan
- Kurang sensitif pada rasa sakit/takut

4. Pola Bermain
- Suka pada benda bergerak [kipas angin, barang mainan bateri]
- Pegang benda yang dia suka
- Tidak suka bermain dengan rakan sebayanya

5. Tingkah Laku

- Duduk lama tanpa buat apa-apa
- Tidak suka pada perubahan
- Buat perlakuan yang berulang-ulang
- Hiperaktif

6. Emosi
- Marah, ketawa dan menangis tanpa terkawal
- Merosakkan sesuatu jika emosi terganggu
- Cederakan diri sendiri
- Tidak rasa simpati, tidak memahami perasaan orang

done . tq for reading !
muchO graciaS .. ^^

No comments: