Followers

Pages

Friday, May 20, 2011

Menangislah

Wanna share something wif u all. ^^
Menangislah ~
Ayu baru je terbaca satu artikel kt salah satu blog islamic tadi. InsyaAllah kita boleh jadikannya renungan bersama tuk jadikan kita insan yang lebih baik pada hari-hari mendatang. InsyaAllah ~

SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya.
Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."

Kita x tahu kan qada dan qadar atas diri kita. So, pe kata kita letakkan diri dalam keadaan takut dan mengharapkan kepada Allah s.w.t. Menangislah dan banyakkan memohon pertolongan-Nya. Menangislah kerana ingat malam pertama pada alam kubur. Sesungguhnya amat berat dan tertanggung. Menangislah kerana ingat hari perhitungan. Keaiban yang terlalu banyak akan dihitung.
Subhanallah ~
Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan dosa kami T_T

*[miss my dearest sis]

No comments: